Sedang berlangsung sekarang adalah Karnival Usahawan Cameron Highlands di Tanah Rata sebagai pengisian aktiviti musim cuti sekolah Disember 2017.
Apa yang menarik di karnival ini ? Bagi saya biasa-biasa sahaja. Antara gerai jualan adalah seperti beg, baju jersey, baju harian, akesori telepon. karpet, baju bundle dan mainan kanak-kanak.
Dan seperti biasa juga Gerai Makan Sup Utara yang lebih menjadi tumpuan kami penduduk tempatan untuk makan minum sebagai kelainan selera sedikit.
Lokasi kali ini di Tanah Rata iaitu di Tempat Meletak Kereta Majlis Daerah Cameron Highlands iaitu jalan masuknya melalui Laluan masuk ke Pejabat MDCH berhadapan dengan Maybank atau anda boleh masuk dari arah Dataran Tanah Rata iaitu kawasan parking utama di Pekan Tanah Rata berhadapan dengan Starbuck.
Saya setuju dengan tapak ini kerana tidak menyumbang kepada kesesakan lalulintas berbanding dengan lokasi dua tiga tahun yang lalu.
Saya ok aje dengan karnival ini sebab ada juga aktiviti di Tanah Rata kali ini berbanding tahun lepas dan sebenarnya tahun lepas telah diadakan di Brinchang sebelah dengan Tapak Pasar Malam Lama Brinchang atas nama Karnival Kesenian dan Kebudayaan Negeri Pahang. Tapi tapak popular ini tidak boleh digunakan lagi akibat kerja-kerja pembangunan yang sedang berlangsung.
Istimewanya tahun ini, anda akan dihiburkan persembahan nyanyian oleh Cameron Busker setiap malam. Kipidap ..
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.