Masih lagi dengan kisah di Stesen MARDI Tanah Rata. Saya sekadar berkongsikan kisah kunjungan saya ke sana bersama keluarga sahaja tau.
Kali ini adalah aktiviti terbaru di Stesen MARDI Tanah Rata iaitu peluang bermain bersama arnab di Taman Arnab di sana.
Kalau sebelum ini, pengunjung hanya boleh melihat arnab dari luar kurungan Taman Arnab sahaja, kali ini anak-anak kecil diberikan peluang untuk bermain, menyentuh dan memberi makan dengan arnab di dalam ruangan khas.
Bayaran RM 2 dikenakan bagi setiap kanak-kanak dan tambahan RM 1 jika mahu memberikan arnab makanan yang disediakan.
Jadi, seronok jugak anak-anak saya bermain dengan arnab yang mana selama ini mereka hanya memberi makan arnab dari luar kandang sahaja.
Stesen MARDI Tanah Rata terletak di Tanah Rata iaitu di Persiaran Dayang Endah. Untuk memudahkan anda ke sana, memang banyak papan tanda disediakan dengan nama Taman Agroteknologi MARDI. Namun jika masih lagi keliru, anda cari sahaja jalan ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom. Pasti anda akan temui Stesen MARDI dipertengahan jalan tersebut.
Untuk masuk ke Taman Agroteknologi MARDI ini, ada bayaran masuk dikenakan di mana tiket masuk keseluruhan taman Stesen MARDI ini.
Untuk masuk ke Taman Agroteknologi MARDI ini, ada bayaran masuk dikenakan di mana tiket masuk keseluruhan taman Stesen MARDI ini.
Saya kongsikan sahaja gambar-gambar mereka bersama dengan arnab-arnab yang jinak di Stesen MARDI.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.