Saya kali ini nak bawakan beberapa catatan mengenai Stesen MARDI Tanah Rata. Sebabnya dah lama saya tak masuk sana untuk bersantai. Selalunya sekadar bersarapan sekali dua seminggu di Cafe Ros yang berada dalam kawasan Stesen MARDI.
Untuk yang malas membaca sampai habis, saya ni sekadar berkongsi info kunjungan saya ke Stesen MARDI ini sahaja, bukannya sebahagian daripada kakitangan Stesen MARDI Tanah Rata. Jadi jangan tanya saya itu dan ini ya.
Catatan pertama ini mengenai Plot Kajian Anggur mereka sebab sekarang musim anggur di dua kebun di Cameron Highlands.
Catatan mengenai keduanya telah saya kongsikan terdahulu dalam blog ini atau saya mudahkan anda dengan link di bawah ini.
Berbalik kepada Plot Tanaman Angur di MARDI Tanah Rata ini, ianya di tanam untuk tujuan kajian bukan untuk kormersial. Jadi anda boleh lihat dari luar plot kajian tanaman.
Tak boleh nak berselfie dan sentuh-sentuh buahnya jika ada dan tidak boleh membeli buahnya biarpun ianya masak kerana semuanya diperlukan untuk cerapan data kajian.
Jangan anda rasa nak bertanya kenapa errrk???.... Dah begitu tujuan ianya ditanam oleh MARDI.
Saya dapati terdapat 7 batas tanaman pelbagai jenis anggur di tapak kajian ini. Jadi kalau anda ke sana anda boleh mengenali jenis-jenis anggur ini dengan membaca penerangan ringkas di hadapan plot ini.
Kalau anda datang masa musim buah anggur di sini kira anda dapat bonus la masa kunjungan tersebut.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.