Friday, November 10, 2017

Amaran Cuaca Buruk di Cameron Highlands

Saya temui amaran hujan lebat ini dalam facebook rakan-rakan. Saya melihat ada melibatkan Cameron Highlands. 



Rasanya, ada benarnya amaran ini. Cameron sejak beberapa hari memang dalam keadaan hujan. Untuk hari ini, Jumaat, hujan lebat bermula seawal pukul 12 tengahari tadi dan berhenti dan bersambung kembali. 

Jadi kepada pelancong yang nak ke Cameron Highlands, terimalah keadaan cuaca ini dan bersedia dengan apa yang patut seperti baju hujan dan sejuk serta payung. Ikuti Catatan Ramalan Cuaca 7 Hari di Cameron Highlands untuk perancangan perjalanan dan percutian anda ke sini. 

Juga rancang perjalanan anda sebaik mungkin ketika hujan terutamanya untuk mereka yang ada anak kecil.  Mungkin anda boleh membaca Catatan Bercuti di Musim Hujan ke Cameron Highlands ini untuk membantu anda membuat persiapan dan perancangan anda kelak.

*******************************************

Amaran Cuaca Buruk! 

Dikeluarkan pada : 04:10pm pada 10 November 2017

KEMASKINI AMARAN :

Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di negeri :

Kedah (Daerah Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), P. Pinang, Perak, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, N. Sembilan, Melaka, Johor, 

Pahang (Daerah Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Bera, Rompin, Pekan dan Kuantan), Kelantan (Daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Lojing).

Sabah : Bahagian Pantai Barat (Daerah Ranau, Tuaran, Kota Kinabalu dan Penampang), Kudat (Daerah Kota Marudu dan Pitas), Sandakan (Daerah Tongod dan Kinabatangan) dan Tawau (Daerah Lahad Datu) dijangka berterusan sehingga awal malam, Jumaat 10 November 2017.


No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.