Tuesday, October 10, 2017

Kedai Cermin Mata di Cameron Highlands


Untuk menjawab pertanyaan kawan yang perlukan membaiki cermin matanya yang rosak ketika bercuti di Cameron Highlands 3 bulan lepas, saya kongsikan maklumat kedai cermin mata di sini.

Ada dua kedai di Tanah Rata iaitu MIU Optical sebaris dengan Starbuck fi Jalan Besar Tanah Rata dan satu lagi Highlands Optical iaitu di hujung sebaris dengan Maybank. Manakala di Brinchang pula terdapat sebuah kedai cermin mata di sebaris dengan Public Bank atau Rossa Pasadena.

Kalau sekadar nak beli solution kanta sentuh boleh ke Watson di Tanah Rata sebaris BSN atau ke Guardian di Pekan Brinchang. Watson juga ada di Cameron Square Aronda Nova Kea Farm.

Juga terdapat farmasi di Tanah Rata iaitu Cameron Highlands Pharmacy dan juga Highlands Farmasi di Brinchang.

Semoga dapat membantu.

Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

1 comment:

  1. Thanks. Tgh cari optical shop hati ni. Spek mata patah anak main 😅

    ReplyDelete

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.