Tuesday, October 31, 2017

Bengkel Membaiki Kereta di sekitar Cameron Highlands

Saya rasa saya dah ada catatan mengenai workshop atau bengkel membaiki kereta di Cameron Highlands dahulu. 

Rasanya dah lama dan saya cuba cari dalam arkib catatan sendiri tadi tapi tak jumpa !!!

Ok saya kongsikan dahulu Workshop atau Bengkel Membaiki Kereta di sekitar Cameron Highlands untuk anda hubungi dari laman facebook rakan-rakan Cameron Highlands

Insyallah kalau sempat saya tambah pula dari koleksi sendiri.


Cameron Auto Repair & Services (Towing kereta & hantar ke bengkel - 24 hours- 019-3992888
Cameron Fastline Sdn Bhd. (24 hours towing & Bengkel).
Lot Atri B10-76 (Bengkel Atas), Jalan Sultan Abu, Brinchang.
Tel : 05-4915679; Tel : 019-3921166 (YH Liu)/016-3877710 (Roy)/012-2176368 (Roy)

Cameron Highlands Tyre Auto Centre.
Jalan Royal Lily 5, Tmn Royal Lily. Tanah Rata. - 05-491 5669 (GPS : 4.468576 , 101.371582)

Cameron Highlands Tyre & Car Centre.
A-G-1 Tmn Royal Lily 5, Tanah Rata. - 05-4915669/012-6511005 (SF.Phoon)

Cameron Highlands Tyre & Car Centre.
No.9 (Ground floor), Jalan Angsana 3, Brinchang Point, Brinchang - 019-5295151

Ah Boy Bengkel - 016-5058738
Kedai Tayar (Tringkap) - 05-4961430
Awie (Kg Raja) - 019-9086694
Liu Pomen – 019 392 1166
Lenchai Pomen – 016 505 8735
Kama Koi Pomen – 012 542 4201
Rosli Pomen – 017 5777047

Untuk Bengkel Motorsikal saya ada kongsikan di sini. KLIK

Kedai Dobi di Cameron Highlands, Oktober 2017


Saya kemaskinikan lokasi kedai Dobi di sekitar Pekan utama di Cameron Highlands sebab dah ada pertambahan dan yang dah ditutup juga.

Ada pelancong yang memerlukan khidmat dobi samada layan diri ataupun khidmat mendobi biasa.

A. Tanah Rata
  • Royal Lily ada tiga, Rasis dan Nandini dan satu lagi lupa pula namanya- hantar baju sahaja.
  • Taman Puncak Arabela- layan diri
  • Persiaran Camillia bersebelahan 7 Elevan.- Hantar baju sahaja
  • Tokwe Laundry Golden Hill- Hantar baju sahaja
  • Sebelah Golden Hill Resort Loby, Sommersquare, Golden Hill - Hantar Baju sahaja
  • The Haven Barringtton Square, Golden Hill - Layan Diri
The Haven Dobi
B. Brinchang 
  • Self Service Laundry sebelah Hotel Parkland- Layan Diri
  • Di Pejabat POS Brinchang saya tak pasti masih dibuka ataupun tidak.
Itu aje kot yang saya perasan. Maklumlah jarang benar mendobi di luar kecuali toto aje. Itupun ke Royal Lily sebab nak parking senang.

Kalau anda ada tambahan lokasi kedai dobi, sila tambah di ruangan komen ya.

Sent from my S7edge smartphone

Bengkel Motorsikal di Cameron Highlands


Saya sekadar kemaskinikan Lokasi Kedai Motorsikal di sekitar pekan di Cameron Highlands. Maklumlah semakin ramai dan banyak penunggang motorsikal dan kumpulan motorsikal yang datang ke Cameron Highlands. 

Saya kongsikan dahulu lokasi bengkel mereka. Namun untuk nombor telepon saya kurang mampu nak berkongsikan sebab saya tak guna motor di sini. 

Pekan Ringlet - 
  • Jalan ulu Ringlet sebelah Klinik Chong 
  • Jalan Ulu Ringlet berhadapan Kedai Tayar Joo Hin
Pekan Lembah Bertam:
  • Shin Tong Lembah Bertam
  • Bengkel Motor Szen Lembah Bertam
Habu
  • Jalan Masuk ke Ladang Teh Tongkiat
Tanah Rata
  • Bengkel Liew  atau Bengkel Motorsikal Cameron Highlands di Royal Lily NoTel: 019 392 1166
  • Bengkel Motor sebelah Cameron Tyre  and Car Services 

Brinchang
  • Jalan Masuk ke Kuarter Kerajaan Sungai Burung berdekatan Arked Peladang
Kawasan atas dari Kea Farm ke Kampung Raja saya tak pasti. 

Untuk Bengkel Membaiki Kereta di Cameron Highlands, catatan saya mengenai di sini KLIK

Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

Friday, October 27, 2017

KEM TAHFIZ NADI AL BAGHDADI 2.0, 2017


Saya kongsikan maklumat kem tahfiz sekolah bulan Disember 2017 yang saya perolehi daripada Ustaz Shahrizal berkenaan dengan anjurannya iaitu Kem Tahfiz Nadi Al Baghdadi 2.0 di musim cuti sekolah.

Hubung beliau untuk semua pertanyaan dan urusan seterusnya:


*KEM TAHFIZ NADI AL BAGHDADI 2.0*
πŸ“ _*Bukan Sekadar Hafazan..πŸ“–*_πŸ“

😳TAK TAHU NAK HANTAR ANAK PERGI KEM AL QURAN MANA CUTI SEKOLAH DISEMBER NI? 

πŸ˜“Tercari-cari seminar yg sesuai utk anak sempena cuti sekolah ini? 
😰Tak Nak biarkan anak duduk main game je di rumah? 
😣Risau anak buat kerja tak berfaedah? 
πŸ‘³πŸ»‍♀Nak bentuk sahsiah anak anda? 
☺Yess..!! Kami ada caranya!

Firman Allah swt bermaksud: 
_"Sesungguhnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa lagi Maha Pengampun." (Surah Al-Fathir 35:28)_

_"Teknik Al Baghdadi mampu merangsang minda secara aktif, pembelajaran berkesan dan mudah di fahami, dan menambah minat pelajar untuk belajar dengan kaedah yang menyeronokkan..."_
*-Ahmad Gunawan bin Hamdi-*
*Jurutera*

😎 5 SEBAB UTAMA PERLU HADIR KEM INI
✅Menghafaz Al Quran menggunakan Teknik Neurofisiologi (Menarik & Berkesan) 
✅Meningkatkan Sahsiah/Jati Diri Peserta
✅Keyakinan Kepimpinan Diri
✅Menjalin Hubungan Siratulrahim 
✅Muhasabah Diri

*Syarat Penyertaan*
-Berumur 11-16 Tahun
-Lelaki / Perempuan 
-Boleh Baca Al Quran
-Sihat Tubuh Badan
-Berdikari

πŸ“† 10-15 Disember 2017 
       (Ahad-Jumaat) 
🏑 Ros Chalet, Kg Tmn Sedia, Tanah Rata, Cameron Highlands 

‼ *TERHAD 40 peserta sahaja*
πŸ’΅ *Yuran Promosi* ~RM 800~ *RM 700*
😱 *Promosi Early Birds RM 650*
_(15 peserta terawal shj)_

‼😱 *Pilihan Pakej Ansuran*‼😱
*3x PEMBAYARAN iaitu pada..*
πŸ“† *31 Okt '17*
πŸ“† *30 Nov '17*
πŸ“† *10 Dis '17*

Anjuran Bersama:
❤Nadi Al Baghdadi Centre Pekan Rawang
πŸ’›Al Baghdadi Learning Centre Cameron Highlands 
πŸ’šAl Baghdadi Learning Centre Tambun
πŸ’™Anak Bestari Enterprise
πŸ’œAqil Smart Success Centre

Pendaftaran dan Pertanyaan
πŸ“ž019-3611707 (Shahrizal) 
πŸ“ž013-584 3857 (Azizol)
πŸ“ž013-4151950 (Syafiq) 

*PENDAFTARAN ONLINE KTNA 2.0*
Nama Penuh (mengikut mykad):
Umur:
No mykad:
Alamat:
No h/p:
Facebook:

*PENGESAHAN PENDAFTARAN HANYA SETELAH PEMBAYARAN DIBUAT KE AKAUN:*
Bank Rakyat (Current A/C)
AQIL SMART SUCCESS CENTRE
113901001430

_Sila hantar slip pembayaran ke 019-3611707 (Shahrizal) & slip bayaran asal (original) perlu diserah pada urusetia pada 10/12/2017_

Sent from my S7edge smartphone

Thursday, October 26, 2017

7 Elevan di Cameron Highlands


Saya nak kemaskini mengenai outlet 7 Elavan di Cameron Highlands.

Catatan saya dulu hanya berkaitan outlet pertama mereka di Brinchang. Tapi dalam masa setahun sahaja, mereka menambah lagi 4 outlet lagi.

Saya kongsikan secara ringkas lokasi mereka:
  1. Pekan Ringlet di sebelah Merchantrade di Jalan Besar Ringlet
  2. Pekan Tanah Rata bersebelahan Restoran Suria atau kedai DIGI 
  3. Pekan Brinchang di Bangunan Baru Bandar Brinchang
  4. Kea Farm di Aronda Nova ataupun Cameron Square
Akan dibuka :
  1. Golden Hill di Barrington Square berhadapan Pasar Malam Cameron Highlands.
Cepat mereka berkembang di sini.  Tapi baguslah untuk kemudahan peruncitan 24 jam para pelancong dan penduduk tempatan.


Sent from my S7edge smartphone

Tuesday, October 24, 2017

Lobak Putih vs Lobak Unggu Cameron Highlands 2017

Selalunya anda akan menemui jualan lobak di Cameron Highlands samada jenis lobak merah, putih atau baby carrot.

Sebelum saya menulis lanjut, yang malas nak membaca sampai habis, saya bukan menjual lobak putih, unggu, merah dan sebagainya tau. Saya tulis saje apa yang saya lihat di sini. Jangan nak order itu ini dengan saya. Baca sampai habis... kena bagitau siap-siap sebab selalunya ada yang akan meminta penghantaran hatta petai yang saya kongsikan kisah penjualnya!!!

Namun sejak dua menjak ini sudah ada dijual Lobak Unggu di Cameron Highlands. Tak banyak yang saya nampak namun sudah ada yang menjualnya. 

cuba teka.. mana satu lobak putih dan lobak unggu.. anggaplah blind colour test ni..
Saya boleh sahkan memang ianya ditanam di Cameron Highlands. Kenapa? Sebab ianya dijual dengan daunnya sekali. 

Lobak Merah yang dijual cantik tanpa daun adalah lobak merah import. Mudah nak jumpa di seluruh Malaysia. Manakala lobak baby atau baby carrot yang dijual dengan daunnya adalah lobak tempatan.

Lobak putih atau white radish memang ditanam di Cameron Highland sejak dahulu lagi. Mudah ditanam sebab selalunya tanaman selingan dihujung musim tanaman tomato iaitu menggunakan polibag tanaman yang sama. 

Rasanya saya ada tulis catatan mengenai lobak putih ni dahulu. Sekajab saya cari semula... oooo ya .. Klik sini.

Lobak Unggu ini pula saya temui beberapa kali sejak dua menjak ini dijual di sini dan ianya bersaiz sama dengan lobak putih dan  saya percaya cara tanaman sama caranya juga. Cuma kurang pekat warna unggunya.

Untuk rasanya, saya belum mencuba lobak ini lagi setakat ini. Lobak putih selalunya saya buat sup lada hitam macam makanan orang bersalin. Untuk kandungan nutrisinya anda google sendiri ya sebab ada beberapa rujukan nutrisi lobak unggu dikongsikan oleh ahli botani dan pemakanan yang lebih arif dalam soal ini.

Di Kea Farm lobak putih dan unggu ini dijual sekitar RM 6 hingga 10 ringgit sekilogram.

Limau Cameron Highlands, 2017

Limau memang dan masih ditanam di Cameron Highlands dan kerana itulah ianya dinamakan Limau Cameron Highlands


Sebelum tahun 2000 dikhabarkan banyak juga kebun limau di sini namun semakin mengecil kerana kebun limau tersebut bertukar menjadi kebun sayur yang lebih menguntungkan dan mendapat permintaan tinggi. Saya tak pasti mana data penamanam limau Cameron Highlands yang pernah saya lihat dan simpan dahulu. Kalau saya jumpa saya kongsikan nanti 

Faktor lainnya adalah tempoh tanaman jangka pendek untuk sayuran lebih memudahkan petani di sini mengubah jenis tanaman sayuran mengikut harga pasaran dan permintaan berbanding tanaman limau yang bersifat tanaman kekal.

Cuma yang mana satu limau cameron?

Lihat gambar diatas dan yang warna hijau itulah limau Cameron dan yang warna kuning atau oren adalah limau import.

Ulas limau cameron bewarna putih dan berbiji dengan rasa ada manis dan masam. 

Harga terakhir yang saya tahu ianya dijual sekitar RM 6 sekilogram di Pasar Pagi Ahad Tanah Rata manakala di Kea Farm dijual sekitar RM 8-10 sekilogram.

Jadi dah sampai ke Cameron Highlands, pilihlah dan rasailah limau tempatan sebiji dua ini. 

Catatan tahun 2015 saya pun ada rupanya. Klik. Oklah tu, dua tahun sekali update balik catatan. 

Keledek Madu Cameron Highlands, 2017


Saya nak kongsikan mengenai Keledek Madu yang menjadi kegemaran pelancong untuk membelinya.



Persoalan adakah ianya ASLI yakni ditanam di Cameron Highlands? 

Saya sukar nak katakan semuanya adalah asli kerana hanya pernah melihat beberapa sudut kebun sahaja yang menanamnya. Namun tak pula saya nak katakan bukan asli sebab bukan semua pelusuk Cameron Highlands ini saya jelajahi.

Yang nyatanya, saya sendiri mengemari keledek madu ini. terutamanya keledek madu bewarna kuning. Juga terdapat keledek berwarna unggu yang sedikit berlemak rasanya.

Dua pilihan cara untuk memasak keledek madu iaitu merebus dan mengukus. Saya pilih merebus kerana lebih lembut teksturnya sampai ke dalam terutamanya kalau berdiameter besar tetapi jangan terlalu lama sehingga terlalu lembik dan hilang manisnya.

Kalau anda datang ke Cameron Highlands, nak rasa segera keledek madu ini senang sahaja. Banyak gerai yang menjualnya. Cuma dulu seinggat sata hanya 2 ringgit sebungkus tapi sekarang dah 3 ringgit.



Untuk yang mentah dijual sekitar 6 ringgit hingga 8 ringgit sekilogram. Malah ada gerai yang menjual 10 ringgit sekilogram.

Boleh beli Keledek Madu ini di Kea Farm atau pasar malam dan di serata tempat kiosk atau gerai perlancongan sekitar Cameron Highlands.

Jadi bolehlah anda rasa keledek madu mana yang nak dipilih. Samada ianya asli di tanam di Cameron Highlands atau tidak, saya tak dapat menjawabnya.

ooooo rupanya ada saya kongsikan catatan ringkas mengenai keledek madu ini tahun 2015 dulu... Klik 

Ke Arah Malaysia Yang Lebih Kuat dan Berdaya Saing



Blog saya ini sebenarnya sebahagan cara saya membuat simpanan catatan ataupun bagaikan 'arkib' untuk saya simpan dan rujuk kemudian hari atau tak sempat nak hadam sepenuhnya apa juga isu 

Jadi saya temui catatan ini dan saya pilih untk simpan dulu. Banyak fakta nak hadam ni dan boleh dirujuk kemudian.

******

1. Semakin kita menghampiri Bajet 2018, saya ingin berkongsi cabaran yang telah Malaysia hadapi beberapa tahun kebelakangan ini, dan bagaimana usaha telah dilakukan untuk memacu negara ke arah masa depan yang makmur, mampan dan inklusif untuk semua.
2. Saya ingin ambil kesempatan ini untuk menerangkan pandangan saya sebelum pembentangan Bajet pada Jumaat ini serta perancangan yang bakal diumumkan, untuk manfaat rakyat Malaysia.
3. Penglibatan saya ke dunia politik adalah secara mengejut dan tidak dirancang selepas pemergian ayahanda saya, Tun Abdul Razak Hussein, ketika saya berusia 23 tahun.
4. Allahyarham merupakan idola saya, melihat pencapaian dan dedikasi berterusan beliau untuk melihat kemajuan negara serta rakyat Malaysia. Lantas, matlamat saya dalam hidup adalah melakukan yang terbaik untuk mengikuti jejak langkahnya dan berkhidmat demi negara.
5. Seperti Allahyarham Ayahanda, saya juga bercita-cita meletakkan Malaysia di pentas global; dan menjadi antara 20 negara teratas di dunia menjelang 2050. Tiada pencapaian yang lebih hebat daripada meletakkan Malaysia di landasan terbaik untuk masa depannya. Itulah visi saya untuk inisiatif Transformasi Nasional 2050 (TN50).
6. Dan kini kita telah berjaya mencapai pelbagai kemajuan. Itulah sebabnya Bank Dunia memberi sokongan terhadap apa yang dilakukan oleh Kerajaan, dan menyatakan dalam laporan negara terkini mereka bahawa: “Ekonomi Malaysia sedang berkembang dari kedudukan yang kukuh.”
7. Walau bagaimanapun, ketika saya menjadi Perdana Menteri pada tahun 2009, cabaran ekonomi yang kita hadapi adalah amat besar. Semasa saya mengambil alih jawatan tertinggi negara pada April tahun itu, kita sedang berada di tengah kemelesetan global yang paling teruk sejak tahun 1930-an. Dasar ekonomi terbuka dan kebergantungan kita kepada perdagangan antarabangsa menyebabkan Malaysia terjejas teruk. Eksport kita menurun 20% sementara ekonomi kita menguncup dengan ketara sebanyak 6.2% pada suku pertama tahun 2009.
8. Kita dibelenggu oleh isu-isu struktur dan legasi serius, dan ini antara lain mengakibatkan gaji rendah yang gagal menyaingi inflasi, harga kereta yang mahal, kadar kemiskinan yang tinggi, ketidaksamaan pendapatan, kenaikan kadar tol lebuh raya yang kerap, penurunan standard pendidikan, pengangkutan awam yang teruk, perjanjian Loji Kuasa Bebas (IPP) yang berat sebelah, serta kapitalisme kroni yang berleluasa. Kesemua ini memberi kesan buruk terhadap kebajikan rakyat.
9. Kita juga terlalu bergantung kepada minyak, gas dan komoditi, manakala pembangunan negara tidak sama rata, dengan Sabah, Sarawak dan Negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia ketinggalan. Situasi ini memerlukan tindakan tegas dan hala tuju yang jelas.
10. Oleh itu, tindakan pertama yang kita lakukan adalah untuk segera melaksanakan dua pakej rangsangan ekonomi besar bernilai RM67 bilion bagi menyalurkan wang ke dalam ekonomi kita, demi memulihkannya dan menyelamatkannya dari penguncupan yang lebih mendalam.
11. Melalui tindakan ini, kita berjaya menyelamatkan rakyat Malaysia daripada kesengsaraan melalui kemelesetan teruk, sepertimana yang berlaku pada 1997. Waktu itu, Bursa Saham Kuala Lumpur jatuh lebih daripada 50 peratus, beribu-ribu kehilangan pekerjaan, perniagaan bankrap, dan ramai menderita.
12. Kemelesetan Global 2008-2009 telah memberi kesan cukup mendalam kepada banyak negara, termasuk negara maju yang masih belum pulih hingga hari ini. Namun, atas tindakan pantas yang kita ambil, rakyat Malaysia secara amnya terlindung daripada mengalami kesannya. Ia sama sekali tidak seperti tahun 1997.
13. Walaupun pakej rangsangan yang diperkenalkan ketika itu menyebabkan kenaikan sebanyak 10% dalam nisbah Hutang-KDNK kita ke paras melebihi 50%, namun langkah-langkah ini berjaya, dan Malaysia telah pulih dengan cepat. Menjelang akhir tahun itu, ekonomi kita telah kembali berkembang. Ini adalah satu pemulihan yang cukup mengagumkan.
14. Nisbah itu seterusnya stabil di bawah 55%, yang jauh di bawah tahap negara-negara yang maju – misalnya tahun lepas nisbah di UK hampir 90%. Walau bagaimanapun, pihak pembangkang cuba menggunakan peningkatan hutang ini untuk mengelirukan rakyat Malaysia dan mendakwa kita akan bankrap. Ini langsung tidak masuk akal. Pada tahun 1986, nisbah Hutang-KDNK Malaysia mencapai 103%, dan kita tidak pula muflis pada waktu itu! Ini menunjukkan bahawa apabila pembangkang bercakap tentang ekonomi, mereka hanya menyebar propaganda dan pembohongan yang terang-terangan untuk kepentingan politik mereka yang mementingkan diri sendiri. Ini namanya – sabotaj ekonomi.
15. Kedua, kita sedar bahawa kita perlu melakukan pembaharuan yang luas. Kita juga sedar bahawa untuk keluar daripada perangkap pendapatan sederhana dan mencapai matlamat menjadi negara berpendapatan tinggi, kita perlu mempunyai perancangan ekonomi yang menyeluruh dan berhemah- sebuah pelan tindakan, dengan petunjuk prestasi utama dan hasil yang boleh diukur supaya dapat menguji kemajuan dan memastikan kita terus berada di landasan yang tepat.
16. Pelan itu adalah Program Transformasi Negara, dengan komponen utamanya, Program Transformasi Ekonomi, atau ETP. Sesetengah orang menggelarnya “Najibnomics” – bukan saya yang berikan nama tersebut! Tetapi saya boleh terima penggunaan istilah ini oleh orang ramai, kerana selepas tujuh tahun, kita dapat melihat bahawa rancangan ini – yang meletakkan kepentingan rakyat Malaysia sebagai asas dan matlamat utamanya – telah berjaya dilaksanakan, dan akan terus dilaksana.
17. Pendapatan Negara Kasar telah meningkat hampir 50%. Kita juga telah mengurangkan jurang sasaran pendapatan tinggi, dari 33% kepada 19%.
18. 2.26 juta pekerjaan telah diwujudkan, di mana lebih satu juta daripadanya adalah pekerjaan berpendapatan tinggi.
19. Mac lalu, eksport kita mencecah RM82.63 bilion – angka bulanan tertinggi bagi eksport Malaysia yang pernah direkodkan.
20. Inflasi dan pengangguran kekal rendah. Oleh kerana dasar luar negara, kita telah berjaya menarik Pelaburan Langsung Asing pada tahap yang belum pernah terjadi sebelum ini, yang menunjukkan keyakinan dunia terhadap Malaysia.
21. Pada tahun 2017 sahaja kita telah melihat 14 MOU perniagaan antara Malaysia dan China bernilai RM144 bilion, 31 MOU perniagaan antara Malaysia dan India bernilai RM158.4 bilion, serta pelaburan USD7 bilion di Malaysia oleh Saudi Aramco. Ini membawa bersamanya beribu-ribu pekerjaan baru, pemindahan kemahiran, dan peningkatan taraf hidup untuk keluarga yang tidak terhitung jumlahnya.
22. Dan pada masa sama, meskipun terdapat kegawatan besar dalam ekonomi global, kejutan kejatuhan harga minyak, dan kemelesetan yang melanda kebanyakan negara Eropah yang hampir memusnahkan beberapa negara, kita telah mencatatkan pertumbuhan yang sihat, tahun demi tahun. Bank Dunia baru-baru ini menyemak semula ramalan mereka untuk pertumbuhan Malaysia kepada 5.2% untuk tahun 2017 – kali kedua mereka melakukannya tahun ini!
23. Ini sebahagian daripada kejayaan utama Kerajaan dan berjuta-juta rakyat Malaysia yang bekerja keras di bawah rancangan yang kita rencanakan pada tahun 2010.
24. Tetapi terdapat banyak lagi langkah-langkah yang lebih spesifik yang diambil oleh Kerajaan untuk memperbaiki standard dan membantu rakyat.
25. Kita telah memperkenalkan pelan pendidikan untuk sekolah dan universiti; dan sekarang kita dapat melihat kedudukan universiti-universiti kita di peringkat antarabangsa mula meningkat dengan mantap.
26. Malaysia adalah negara pengguna jalan raya, dan sebab itulah kita menggalakkan Khazanah Nasional dan KWSP membeli PLUS Expressway secara langsung pada tahun 2010 daripada pemegang swasta. Ini bermakna setiap ringgit yang dikutip kini kembali sama ada kepada Kerajaan atau kepada pemegang akaun KWSP.
27. Lebuhraya milik PLUS seperti Jambatan Pulau Pinang, Second Link dan Lebuhraya Utara-Selatan juga tidak mengenakan kenaikan tol sejak pembelian pada tahun 2010.
28. Pada masa sama, jalan raya juga telah dinaik taraf – contohnya, sebahagian besar Lebuhraya Utara-Selatan telah dinaik taraf menjadi tiga atau empat lorong berbanding dua lorong pada masa lalu.
29. Walaupun begitu, aspek lain pengangkutan awam telah diabaikan oleh salah seorang pemimpin dahulu. Beliau membazirkan berbilion-bilion ringgit dalam projek “vanity” dan bukannya membina infrastruktur kelas dunia yang diperlukan oleh Malaysia untuk menarik pelabur mahupun untuk kesejahteraan rakyat.
30. Di bawah Kerajaan saya, fasa pertama projek Mass Rapid Transit telah siap pada akhir tahun lepas, dan fasa kedua Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang telah dilancarkan pada bulan Julai. Kini, kita mempunyai rangkaian perkhidmatan sepanjang 51 kilometer dengan 31 stesen.
31. Projek-projek ini mencipta 130,000 pekerjaan baru, di mana 70,000 adalah pekerjaan langsung. Lebih mengagumkan lagi, projek-projek ini siap lebih awal daripada jadual dengan penjimatan sebanyak RM2 bilion. Kini MRT 2 dan 3 turut berada dalam perancangan, manakala dalam masa beberapa tahun lagi kita juga akan mempunyai laluan kereta api berkelajuan tinggi pertama yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Singapura. Ini akan mengurangkan masa perjalanan antara dua bandar raya ini kepada 90 minit berbanding lebih daripada empat jam dengan kereta.
32. Tetapi tumpuan bukan sekadar untuk Lembah Klang atau pantai barat sahaja. Lebih daripada itu, tumpuan kita adalah untuk kawasan-kawasan lain di Malaysia yang telah diabaikan terlalu lama. Kita inginkan pembangunan yang lebih adil, lebih inklusif, dan meningkatkan semua sektor penduduk dan kawasan di negara kita.
33. Mengambil contoh Kelantan, yang telah dianak tirikan dan disekat dana pembangunan serta tidak dinaikkan taraf infrastruktur air mereka selama beberapa dekad oleh seorang bekas pemimpin kerana ia diperintah oleh parti pembangkang.
34. Bagi saya, ini tidak adil, kerana air bersih adalah penting untuk kehidupan dan adalah hak semua rakyat Malaysia. Oleh itu, kita telah membantu Kelantan dengan perjanjian penstrukturan semula air tahun lepas yang akan menelan belanja lebih daripada RM1 bilion.
35. Rakyat di Kelantan juga menderita akibat hubungan pengangkutan yang teruk – ramai terpaksa menanggung perjalanan kereta perlahan, sesak dan berbahaya semasa perjalanan antara negeri.
36. Bagi menangani hal ini, Kerajaan membina Lebuhraya Central Spine Road bebas tol bagi menghubungkan Kelantan dengan seluruh Semenanjung, manakala fasa 3 Lebuhraya Pantai Timur akan dilanjutkan ke Kelantan.
37. Projek Laluan Keretapi Pantai Timur atau ECRL pula akan menjadi satu lagi “game-changer” untuk negeri-negeri pantai timur.
38. Bagi Sabah dan Sarawak, Kerajaan Persekutuan sebelum ini tidak pernah menyediakan begitu banyak peruntukan tahunan dan projek pembangunan bagi mereka. Sebagai contoh, Lebuhraya Pan Borneo akan menjadi pemacu utama bagi pembangunan dan perhubungan di Malaysia Timur.
39. Saya berusaha untuk bersikap adil kepada semua negeri – termasuk yang dipegang oleh pembangkang. Misalnya, Kerajaan telah membuat perjanjian penyusunan semula air dengan Pulau Pinang dan Selangor untuk membantu mereka mengurangkan hutang negeri dan menyediakan pembaharuan infrastruktur bekalan air yang diperlukan.
40. Dalam kes Pulau Pinang, pakej penstrukturan semula air pada tahun 2010 melibatkan bantuan kepada kerajaan negeri bagi mengurangkan hutang mereka sebanyak RM655 juta, sambil memberi mereka geran tambahan RM1.2 bilion untuk membesarkan lagi empangan. Ini membolehkan Kerajaan Negeri DAP bermegah bahawa kononnya mereka telah mengurangkan hutang negeri mereka sebanyak 95%, padahal ini sebenarnya disebabkan oleh usaha Kerajaan Persekutuan.
41. Usaha kita memastikan semua rakyat Malaysia mendapat manfaat daripada ekonomi yang semakin meningkat telah memperlihatkan pengurangan yang menakjubkan dalam kadar kemiskinan. Kemiskinan tegar di Malaysia jatuh dari 3.8% pada tahun 2009 kepada hanya 0.4% pada 2016. Di Sabah sahaja, kita berjaya mengurangkan kadar daripada 19.7% pada tahun 2009 kepada hanya 2.9% pada tahun lepas.
42. Pendapatan per kapita rakyat juga meningkat daripada RM27,819 pada tahun 2010 kepada RM40,713 pada tahun 2017. Pendapatan median bulanan pula meningkat daripada RM4,585 pada tahun 2014 kepada RM5,288 pada 2016. Dan kita juga telah melihat peningkatan dalam pendapatan isi rumah B40 – yang telah meningkat kepada RM3,000 pada 2016 daripada RM2,629 pada tahun 2014.
43. Sebagai hasilnya, nisbah GINI kita – yang mengukur kesaksamaan pendapatan – turun daripada 0.441 pada tahun 2009 kepada 0.399 tahun lepas, yang paling rendah dalam sejarah Malaysia. Kesaksamaan pendapatan Malaysia tidak pernah lebih baik daripada masa kini.
44. Pada masa yang sama, kita sedar bahawa isu kos sara hidup memberi kesan paling tinggi kepada mereka yang berpendapatan rendah, dan inilah sebabnya kita mengagihkan RM5.36 bilion dalam Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M kepada 7.28 juta isi rumah pada tahun 2016 dan juga memperkenalkan gaji minimum.
45. Seorang bekas pemimpin baru-baru ini menyifatkan BR1M sebagai penyalahgunaan dana kerajaan – tetapi dia seharusnya cuba nyatakan sebegitu kepada para penerima. Ia sebenarnya amat kejam untuk sesiapa sahaja dalam pembangkang untuk bercakap mengenai menghapuskan satu program yang direka khusus untuk membantu mengurangkan beban berjuta-juta rakyat Malaysia.
46. Semua yang kita lakukan adalah untuk kebaikan rakyat. Dan ini termasuk melaksanakan banyak keputusan yang sukar tetapi perlu dilakukan walaupun tidak selalunya popular.
47. Kita perlu merasionalisasi subsidi yang tidak tersasar. Subsidi pukal pada pelbagai barangan seperti petrol, yang telah dimulakan pada zaman seorang bekas pemimpin terdahulu, telah melonjak menjadi kadar yang tidak mampan. Pada 2012 misalnya, subsidi bahan api sahaja mencapai RM25 bilion dan menelan 13.6% daripada jumlah belanjawan negara.
48. Kebanyakan yang mendapat faedah adalah golongan yang berada, dan bukan mereka yang betul-betul memerlukannya. Oleh itu, apa yang telah kita laksanakan adalah menyalurkan dana kepada golongan B40 dengan cara yang disasarkan, yang kita percaya adalah cara yang lebih bijak dan beretika untuk mengagihkan wang rakyat.
49. Kita perlu mengurangkan kebergantungan kita terhadap pendapatan daripada minyak dan gas yang menyumbang sebanyak 41% daripada pendapatan Kerajaan pada tahun 2009. Ini menyebabkan kita terdedah dan terlalu bergantung kepada sumber yang tidak boleh diperbaharui, yang masa depan jangka panjangnya juga diragui tatkala banyak negara dan industri telah beralih kepada penyelesaian tenaga hijau.
50. Kita berjaya dalam hal ini, dan minyak dan gas kini hanya membekalkan 14.6% daripada hasil Kerajaan pada 2017. Ternyata kita bernasib baik dengan keputusan awal yang dilaksanakan dengan berlakunya kemelesetan harga minyak dunia pada tahun 2014.
51. Kali terakhir harga global bagi eksport komoditi utama Malaysia jatuh adalah pada tahun 1985. Pada masa itu kita tidak bersedia dan ekonomi kita mengalami kemelesetan teruk.
52. Walau bagaimanapun, kali ini kita lebih bersedia berikutan ketegasan Kerajaan untuk memastikan daya tahan asas ekonomi kita. Meskipun kita turut terjejas akibat kejatuhan harga minyak dunia pada 2014, namun tidak seperti negara-negara pengeksport minyak lain, Malaysia bukan sahaja berjaya mengelakkan kemelesetan tetapi ekonomi kita terus berkembang.
53. Salah satu langkah yang menjadi penyumbang utama kepada perkara ini adalah pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan, atau GST – yang menjadi salah satu sumber serangan utama pembangkang terhadap kerajaan.
54. Ramai mendakwa bahawa GST adalah cukai baharu, dilaksanakan semata-mata untuk meraih lebih banyak pendapatan untuk Kerajaan. Sebenarnya, ia adalah pengganti kepada cukai jualan dan perkhidmatan yang tidak cekap, rumit dan tidak berfungsi dengan baik, sama ada untuk pengguna ataupun perniagaan.
55. Seandainya niat kerajaan adalah untuk meningkatan pendapatan, adalah lebih mudah jika kita meningkatkan cukai korporat, cukai pendapatan dan cukai jualan dan perkhidmatan sedia ada.
56. Sebaliknya, sejak saya menjadi Menteri Kewangan pada 2008, kita telah mengurangkan cukai korporat daripada 27% hingga 24%. Kadar cukai pendapatan peribadi juga telah jatuh, daripada 28% pada tahun 2008 kepada 24% sekarang untuk kebanyakan rakyat Malaysia.
57. Kita juga menaikkan nilai ambang cukai pendapatan supaya mereka yang pendapatannya adalah RM4,000 atau kurang, tidak lagi perlu membayar sebarang cukai pendapatan. Ini bukan seperti dulu di mana mereka yang mempunyai gaji RM2,000 tetap dikenakan cukai.
58. Oleh itu, GST tidak sepatutnya dianggap sebagai cukai tambahan baru tetapi sebahagian daripada pembaharuan cukai menyeluruh yang direka untuk menjadikan Malaysia lebih berdaya saing, dapat mengawasi ekonomi hitam dan haram, serta mengurangkan pengelakan cukai dan meluaskan asas percukaian negara.
59. Banyak negara lain seperti India dan Mesir turut ikut serta jejak Malaysia semenjak kita melaksanakan GST pada tahun 2015. Sementara itu, semua Negara Kerjasama Teluk – Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Arab Saudi, dan Emiriah Arab Bersatu – akan melaksanakan GST mereka pada 1 Januari tahun depan.
60. Malah, perancangan ekonomi kita telah membolehkan kadar GST Malaysia hanya 6% – jauh lebih rendah daripada negara-negara lain yang tidak berkongsi asas ekonomi yang kukuh seperti kita.
61. Kebanyakan negara – lebih daripada 160 di seluruh dunia – telah melaksanakan GST kerana mereka tahu ia diperlukan untuk menjadikan negara mereka lebih kuat dan lebih berdaya saing. Anehnya, pihak pembangkang mendakwa tidak memahami perkara ini. Mereka mahu memansuhkan GST – tetapi tanpa cadangan bagaimana mereka akan menggantikan RM41 bilion yang dijana oleh GST pada tahun lalu.
62. Saya juga ingin menegaskan bahawa dakwaan yang menyatakan GST diperlukan bagi membayar untuk 1MDB adalah satu pembohongan besar – pembohongan yang disedari sendiri oleh ahli politik yang membuat dakwaan tersebut.
63. 1MDB sebenarnya memainkan peranan penting dalam menyelesaikan perjanjian kuasa berat sebelah yang telah ditandatangani oleh seorang bekas pemimpin. Apabila 1MDB memasuki industri itu, ia adalah pembida terendah dalam semua perjanjiannya, dengan itu menjimatkan Malaysia sebanyak RM200 bilion dalam 20 tahun akan datang. Malah, satu laporan firma penyelidikan mengenai perjanjian kuasa yang disemak semula ini diberi tajuk “Tiada lagi perjanjian pilih kasih”.
64. 1MDB juga telah membiayai pembinaan dan penambahbaikan lapan pangkalan tentera yang tidak dapat dilakukan oleh kerajaan pada masa dahulu. Ia juga telah membiayai beribu-ribu biasiswa dan perjalanan Haji untuk para jemaah.
65. Memang benar bahawa 1MDB mempunyai masalahnya, dan kita telah mengambil tindakan merombak pengurusan untuk membetulkan kesilapan dan mengembalikannya kepada keadaan kewangan yang sihat.
66. Tetapi apabila perjanjian projek Bandar Malaysia ditandatangani, 1MDB dijangka akan membuat keuntungan yang lebih daripada cukup untuk menanggung kerugiannya. Dan pembohongan bahawa rakyat perlu menanggung akibat daripada keputusan 1MDB akan terkubur. Ini kerana selepas program rasionalisasi selesai, 1MDB berkemungkinan besar akan menjana keuntungan untuk rakyat, dan ini tidak termasuk segala usaha tanggungjawab sosial korporat yang telah dilaksanakannya selama bertahun-tahun.
67. Akhir sekali, saya juga ingin menyentuh mengenai isu mata wang kita, Ringgit Malaysia. Apabila Amerika Syarikat mengalami kesan akibat Kemelesetan Besar pada 2008-2009, mereka mula menurunkan kadar faedah – yang menyebabkan banyak dana global mengalihkan dana mereka ke negara-negara seperti Malaysia untuk mencari pulangan yang lebih tinggi.
68. Ringgit kita menerima manfaat daripada ini dan telah meningkat 30% daripada RM3.73 untuk USD1 apabila saya pertama kali menjadi Perdana Menteri, kepada paras bawah RM3.00 pada 2011-2013. Walau bagaimanapun apabila AS mula pulih daripada kemelesetan, mereka mula menaikkan kadar faedah sekali lagi.
69. Ini, ditambah pula dengan kejatuhan harga komoditi yang drastik, menyebabkan Ringgit kita menurun ke nilai semasa – satu lagi topik yang digunakan pembangkang untuk mengkritik kerajaan.
70. Adalah aneh bahawa pembangkang kini mendakwa bahawa Ringgit yang lemah ini merupakan tanda bahawa Malaysia akan bankrap – walhal ketika PRU13, pembangkang juga mendakwa bahawa Malaysia akan muflis meskipun Ringgit telah meningkat 30% berbanding dolar AS!
71. Menambat Ringgit dan melaksanakan semula kawalan modal adalah perkara paling mudah untuk saya lakukan. Namun, setelah mengalami kekurangan pelaburan selepas mengenakan kawalan modal dan menambat Ringgit dari tahun 1998 hingga 2005, keputusan dibuat untuk tidak melakukannya lagi.
72. Benar, nilai Ringgit menurun di tengah-tengah pergolakan global dan ketidakpastian sejak 2014, tetapi terdapat juga aspek positif daripadanya apabila eksport dan pelancongan kita meningkat tinggi.
73. Meskipun ada yang memberikan tanggapan bahawa ia lemah, prestasi Ringgit Malaysia sebenarnya lebih baik daripada mata wang banyak negara pengeksport komoditi besar yang lain. Sejajar dengan prestasi ekonomi kita yang terus baik – seperti ramalan semua pakar ekonomi – Ringgit akan turut mengukuh pada kadar pasaran yang sesuai.
74. Anda tidak akan mendengar tentang semua ini daripada pembangkang atau seorang bekas pemimpin negara yang taksub dengan kuasa dan mahu terus memerintah meskipun dalam persaraan, dan menyalahkan saya atas kekalahan anaknya dalam perlumbaan untuk menjadi Naib Presiden UMNO pada tahun 2013.
75. Saya enggan mematuhi cara beliau kerana saya yakin bahawa Malaysia memerlukan visi baru, jauh dari cara lama yang telah membawa kepada masalah legasi yang serius yang kita hadapi sebelum ini serta membawa kesan buruk terhadap kebajikan rakyat.
76. Sebagai sebuah negara, kita perlu beralih ke fasa seterusnya untuk menjadi negara maju berpendapatan tinggi di mana taraf hidup dan kualiti kehidupan rakyat Malaysia menjadi keutamaan. Ini adalah wawasan saya untuk Malaysia –perjuangan yang lebih besar daripada diri saya sendiri. Malaysia seringkali membuktikan ia mampu mencapai prestasi yang lebih baik daripada jangkaan dan saya yakin dan percaya akan potensi besar kita sebagai sebuah negara.
77. Potensi ini telah diiktiraf oleh banyak institusi antarabangsa seperti OECD, IMF dan Bank Dunia. Mereka telah berulang kali memuji pengurusan makroekonomi Kerajaan dan pembaharuan struktur, manakala tinjauan yang dibuat oleh Wharton School di Universiti Pennsylvania pada awal tahun ini mengisytiharkan Malaysia sebagai ‘Negara Terbaik untuk Melabur’.
78. Semua agensi penarafan kredit utama telah mengesahkan status Malaysia dalam band “A”, dan keputusan OECD adalah: “Malaysia adalah salah satu ekonomi Asia Tenggara yang paling berjaya … hasil daripada asas makroekonomi yang mantap dan kejayaannya dalam mentransformasikan ekonominya menjadi pelbagai dan inklusif. ”
79. Kesemua ini adalah hasil daripada perancangan ekonomi yang dilaksanakan Kerajaan selepas saya mengambil alih jawatan pada tahun 2009. Keputusan sukar yang kita ambil tidak selalunya popular – tetapi adalah perlu, dan keputusan-keputusan ini telah melindungi Malaysia daripada kesan teruk kemelesetan dan pergolakan yang menimpa ekonomi global. Kita telah bertindak sebagai Kerajaan yang bertanggungjawab, sentiasa berusaha melindungi rakyat dan menjaga kebajikan serta keselamatan mereka.
80. Dalam beberapa hari lagi, saya akan membentangkan Bajet 2018, di mana inisiatif baru dan beberapa pengumuman penting akan disampaikan untuk manfaat semua rakyat Malaysia.
81. Bajet ini akan terus dipacu oleh matlamat saya untuk memperbetulkan masalah lalu dan menjadikan Malaysia lebih kuat, lebih berdaya saing di dalam dan di luar negara; untuk mewujudkan negara Malaysia yang dapat memberi perlindungan kepada mereka yang lemah dan bersifat adil kepada semua: Malaysia di mana tiada sesiapa akan ketinggalan.

Sumber : 

Monday, October 23, 2017

Hotel dan Apartment berdekatan di Pasar Malam Cameron Highlands

Saya ada dengar setakat ini Hotel dan Apartment terdekat dengan Pasar Malam Cameron Highlands namun tak pernah pergi ke sana. Cuma bila kawan saya menginap di sana saya rasa boleh jugak kongsikan kisahnya. 

Gambar dari laman web mereka.
Hotel yang saya maksudkan adalah Golden Hill Resort yang berkonsepkan apartment. Terletak di Somersquare iaitu bersebelahan dengan pasar malam ini. Hanya perlu berjalan kaki sahaja.

Harganya saya tak pasti. Semalam saya lalu dihadapan lobinya saya tak bertanya pun harganya.

Saya buat carian di internet dan menemui ini.

CAMERON GOLDEN HILL RESORT

SII-G-3A, Somersquare Golden Hill , Jalan Golden Hills 9 , Tanah Rata, Cameron Highlands , Pahang , Malaysia - 39000
+601 38681081


Jadi anda hubungilah mereka sendiri..  Klik

Cuma kalau anda mencari di laman hotel anda akan temui banyak apartmen ditawarkan yang juga menggunakan nama Golden Hill Apartment dan sekufunya.

Yang malas nak membaca, saya nak maklumkan, saya tak de kena mengena dengan hotel ini. Kenal pun tidak. Jadi tak payah tanya saya ada tak bilik malam ini dan sebagainya.

Saya sekadar respon pertanyaan hotel mana terdekat dengan pasar malam. Macam catatan lama saya dibawah:
Catatan lama saya mengenai hotel terdekat dengan Pasar Malam .. Klik
Kawasan apartment percutian yang terdekat dengan pasar malam .. Klik 

Juga akan dibuka sebuah hotel baharu yang betul-betul berdepan dengan pasar malam ini. Saya tak tahu namanya tapi hiasan ala enggerisnya seperti wainscoting memang mencairkan saya.. 

Thursday, October 19, 2017

Stesen Minyak BHP @ Blue Valley


Sekadar nak kemaskini mengenai Stesen Minyak di antara laluan 185, Simpang Pulai, Perak - Cameron Highlands, Pahang - Lojing- Gua Musang, Kelantan 

Laluan ini dahulunya laluan tanpa stesen minyak di antara Gua Musang - Lojing - Blue Valley Cameron Highlands  - Simpang Pulai sejauh 180 km lebih namun sejak 2 tahun ini satu stesen minyak telah dibuka iaitu di Blue Valley, Cameron Highlands.

Ini merupakan satu kemudahan yang sangat penting bagi  pengguna laluan terus Gua Musang ke Simpang Pulai atau sebaliknya untuk mengisi minyak tanpa perlu masuk ke Cameron Highlands iaitu Brinchang sejauh 21 km dari lokasi ini.

Namun, Stesen Minyak BHP ini  hanya dibuka dari pukul 7 pagi hingga 9 malam sahaja. 

Jika anda terlepas waktu operasi mereka ini, anda masih perlu masuk ke Cameron Highlands iaitu ke Stesen Minyak Petronas dan Shell di Brinchang yang dibuka sehingga pukul 10.30 malam.

Dari Simpang Pulai Stesen Minyak terakhir adalah di Simpang Pulai iaitu Stesen Minyak Petronas manakala di Lojing, hanya di Gua Musang.

Rancang keperluan minyak kenderaan anda.

Wednesday, October 18, 2017

Petronas Simpang Pulai dibuka kembali, 2017


Tiga bulan lepas, saya ada kongsikan catatan awal saya mengenai penutupan sementara Stesen Minyak Petronas di Simpang Pulai bagi perubahan pengurusan katanya.

Semalam, ketika saya melalui Jalan Simpang Pulai ini untuk ke kembali ke Cameron Highlands, ianya telah dibuka kembali. 

Baguslah. Tentu ramai yang lega kerana bukan sekadar boleh isi minyak di sini, juga boleh menggunakan tandas dan kemudahan yang ada di sana.

Dan tak perlu lagi nak cari pam minyak di Simpang Pulai atau Jalan Gopeng.

Jalan Simpang Pulai terkini, 2017

Saya sekadar nak kongsikan sedikit kemaskini mengenai Jalan Simpang Pulai untuk ke Cameron Highlands.

Pertamanya adalah koleksi dari sudut pandangan atas menggunaka Drone oleh Saudara Jan Syariza yang dikongsikan sendiri olehnya di Facebook Cameron Highlands Group minggu lepas. Bagi saya cantik gambar yang dikongsikan ini sebab memberikan gambaran yang sangat jelas.

Jika anda mahukan versi gambar yang lebih berevolusi tinggi, hubungi Saudara Jan Syarizan untuk urusan seterusnya. Drone tu mahal tau, jangan buat muka toya nak Freeeeee aje... 


Keduanya kemaskini pengalaman saya sendiri Sabtu dan Isnin baru-baru ini. Rumusannya semuanya berjalan lancar tanpa perlu ada kebimbangan apa-apa. Sebab dua minggu ada pengguna yang berkongsikan kisah ada kereta yang mencurigakan mereka dan mendapat pelbagai reaksi tambahan dari pengguna yang lain.

Jadi saya sekadar berkongsikan pengalaman saya semata. 

Cuma kisah keselamatan cerun di sini saya agak menaruh kenyakinan kepada Jabatan Kerja Raya yang telah memberikan jaminan keselamatan cerun terutamanya di km 44 dan km 46 yang telah dibaik pulih. 


Namun di kilometer 44, kelihatan runtuhan cerun masih berlaku dan ini agak membimbangkan namun pihak JKR telah berkongsikan teknik binaan jalan di situ telah dinaiktarafkan.

Manakala di kilometer 46 pula terowong separuh struktur telah pun dibuka sepenuhnya dan mampu menghalang runtuhan cerun dari atasnya ke laluan ini. Ini adalah struktur half tunnel kedua di Malaysia namun adalah yang terpanjang.

Semua ini pernah saya kongsikan dalam catatan awal saya dan mungkin boleh saya kongsikan kembali di link dibawah.
  1. Jalan Simpang Pulai
  2. Jalan Simpang Pulai Runtuh?
  3. Status Baikpulih kilometer 44 Jalan Simpang Pulai
  4. Status baikpulih cerun dan Half Tunner Kilometer 46 Jalan Simpang Pulai 
Cukup tak? Saya ok sahaja dengan laluan ini... Simpang Pulai ke Kampung Raja sekitar 50-60 minit.



Pasar Malam Cameron Highlands 2017

Saya sekadar nak perbaharui kemaskini catatan Pasar Malam Cameron Highlands. Bukan apa seronok pula melihat suasana pasar malam ini dari sudut pandangan atas ini.

Jarang ada sudut pandangan sebegini bagi keseluruhan pasar malam ini.

Gambar ini bukan milik saya tetapi ditangkap denga begitu baik oleh Saudara Jan Syarizan dan dikongsikannya dua tiga hari yang lalu melalui  Facebook Cameron Highlands Group.

Jadi kalau anda nak beli versi berevolusi tinggi bolehlah hubungi beliau. Gambar ini bukan milik saya tau. Saya nak kongsikan sahaja.


Antara koleksi catatan saya mengenai Pasar Malam Cameron Highlands boleh anda baca dengan klik pada pautan ini.


Cukup kut...... 

Tuesday, October 17, 2017

Pasar Malam Cameron Highlands di Cuti Deepavali 2017

Gambar ini milik saudara Jan Syarizan.
Minggu lepas ada yang bertanya saya samada pada minggu ini pasar malam di sini akan dibuka kerana cuti Deepavali hanya pada hari Rabu?

Pasar Malam Cameron Highlands memang akan dibuka setiap malam cuti sekolah sempena Deepavali 2017 memandangkan hampir seluruh negara diberikan cuti Sekolah seminggu.

Klik catatan awal saya untuk ke Panduan Perjalanan ke Pasar Malam Cameron Highlands.

Sent from my S7edge smartphone