Kisah kerosakan Jalan Tapah Cameron bukan kisah baharu.
Sejak 7 tahun rasanya jalan ini bagakan diabaikan oleh pihak bertanggungjawab dsri segi penjagaan dan penyelengaraannya.
Bukan seorang dua yang merungut dan membuat aduan. Ada beberapa orang terkait politik membangkit isu ini namun sering dilihat sebagai komen nyamuk ahli parti pembangkang dan jika diajukan oleh penyokong kerajaan pula ianya akan dianggap sudu melebihi kuah dan tidak mengikut saluran dan bukan keutamaan selain dianggap mahu menjadi wira semata.
Semua aduan dianggap satu ungkapan sinis dan bermotifkan politik namun hakikatnya keperluan kepada pengguna dan penduduk di Cameron Highlands dan penduduk Jalan Tapah sepanjang 64 km tidak dilihat sebagai keperluan untuk diberikan khidmat terbaik.
Petang semalam KDYMM Pemangku Raja Pahang melalui jalan ini untuk pulang setelah berada di Cameron Highlands selama 2 hari untuk urusan rasmi dan Baginda sendiri telah singgah di Lata Iskandar.
Pastinya Baginda merasai sendiri betapa teruknya keadaan Jalan Tapah ketika ini.
Ironinya pagi semalam, Menteri Besar Perak turut mengemukakan teguran keperluan untuk pihak Kerajaan Persekutuan memulihkan kembali laluan persekutuan 59 dibawah mereka ini.
Dan pastinya kita tak mahu dilihat sebagai retorik dan gimik semata-mata.
Kita tunggu dan lihat..cuma dah tak mahu tunggu lama... dah dekat dah menanti undi untuk dimasukan dalam peti undi dan pastinya mereka akan mengharapkan kertas undi dipangkah diruangan mereka....
Petikan kenyataan Menteri Besar Perak...
TAPAH ROAD:Kerajaan Negeri meminta agar Kerajaan Persekutuan mempercepatkan cadangan bagi penurapan dan pelebaran jalan Tapah ke Cameron Highland yang tidak diselenggara dengan baik.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata perkara itu telah dikemukan kepada pihak Persekutuan untuk penilaian.
"Jalan persekutuan ini telah dibina begitu lama sejak sebelum merdeka bagaimanapun ia tidak diuruskan begitu baik.
"Wakil rakyat telah mengemukakan cadangan beberapa kali agar dapat mempercepatkan penurapan dan pelebaran semula jalan bagi memudahkan penduduk mereka yang menggunakan jalan tersebut," katanya kepada media sejurus selepas menghadiri Festival Kebudayaan dan Kesenian Masyarakat Orang Asli sempena Program Permukiman Menteri Besar Perak di Daerah Kampar dan Batang Padang.
Sent from my Samsung Galaxy smartphone.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.