Saturday, July 15, 2017

Musim durian di Cameron Highlands dah bermula?

Cuba teka yang mana satu Mamud........

Juga cuba menjawab persoalan salah seorang pembaca yang bertanyakan adakah musim durian sudah bermula kembali di Cameron Highlands.

Soalan ini ditanya pada masa bulan puasa yang lalu.

Saya dah jawab kepada Puan tersebut belum lagi walaupun sudah ada durian dijual di Tanah Rata ketika itu.

Terkini saya bertemu kawan saya, Mamud si penjual durian dan petai yang sering saya kongsikan kisahnya.

Menurutnya , durian mulai luruh dan gugur tetapi tahun ini amat sikit sekali jumlahnya. Malah bekalan yang diperolehinya dari sekitar Kampungnya di sekitar Batu 14 Jalan Tapah juga amat menakutkan jika dilihat harga yang diminta oleh penjual durian.

Malah katanya kini si penjual durian di kampungnya sendiri menjual dengan harga perkilo bukannya biji. Juga mereka sudah mulai mengasingkan jenis durian berbanding dahulu hanya secara pukul rata dalam bakul kutipan durian atau longgokan durian.

Saya sendiri terkelu nafsu nak makan durian bila dimaklumkan harga durian yang dijualnya di Pondok jualannya di laluan utama Tanah Rata ke Ringket iaitu di Bharat Tea Plantation.

Saya masih belum kemaruk untuk membeli dan merasai durian tahun ini tambahan lagi harganya RM 35 sekilogram !!!!

Mamud pun tak berani nak mempelawa saya makan duriannya kerana modal yang diperlukannya amat tinggi.. Tak apa saya paham. 

Saya selalu membeli darinya tanpa tawar-menawar kerana harga yang diberikan sudah harga kawan-kawan. Dan kepada anda yang memang kaki tawar menawar, Mamud berniaga bukan untuk membeli sebuah lagi kereta Porsche atau Lamborgini tau sebaliknya untuk rezeki hariannya sahaja.  

Namun sembang-sembang semalam dengan Mamud masih ada peminat tegar durian sanggup membeli duriannya walaupun harganya amat mahal namun dalam kuantiti sedikit

Durian yang dibawa oleh Mamud amat terhad setiap hari kerana beliau hanya sanggup mengambil satu bakul sehari yang mempunyai berat purata sekitar 30 kilo sahaja. Modal kena besar Jack!!! katanya.....

Kalau anda tak sanggup nak beli durian, Mamud ada juga menjual petai di pondok jualannya. 

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.