Dalam WhatsApp group rakan-rakan Cameron semalam ada yang kongsikan ada kemalangan berlaku dalam kawasan pasar malam akibat pemandu pasar malam yang nak balik.
Kata kawan saya yang juga salah seorang Peniaga Pasar Malam di situ, rempuhan tersebut telah mengena pengunjung pasar malam menyebabkan ada pelancong yang terkorban dan cedera parah serta 4 yang lain cedera ringan.
Saya terperanjat.. sungguh terperanjat. Cuma saya tak ada di Cameron Highlands untuk ke kawasan tersebut.
Saya ucapkan takziah kepada pihak keluarga mangsa baik yang terkorban mahupun yang mengalami Dan kepada pihak berkuasa.. alasan kejang atau tidak sedarkan diri nampak dibuat-buat. Siasatlah dengan telus ya...
Ada nyawa terkorban. Ada jiwa yang terkesan.
Saya kongsikan dari Harian Metro Online ini.
Takziah.. Innalillah.. Al-Fatihah....
Kemaskini 2 Mei 2017 : Mangsa yang terkorban telah bertambah seorang lagi selepas mangsa yang cedera parah turut meninggal dunia semasa dalam rawatan di Hospital Batu Pahat.
Takziah diucapkan kepada semua ahli keluarganya.
Catatannya di SINI.
Kemaskini 2 Mei 2017 : Mangsa yang terkorban telah bertambah seorang lagi selepas mangsa yang cedera parah turut meninggal dunia semasa dalam rawatan di Hospital Batu Pahat.
Takziah diucapkan kepada semua ahli keluarganya.
Catatannya di SINI.
********************************
Mohd Hafizee Mohd Arop dan Balqis Jazimah Zahari
Cameron Highlands: Budak perempuan berusia empat tahun maut manakala dua wanita parah selepas van merempuh beberapa gerai di tapak pasar malam Golden Hill, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian jam 9.45 malam itu, mangsa Adra Mustaffa Kamal,4, meninggal dunia selepas parah di kepala manakala dua lagi mangsa yang parah masing-masing patah kaki dan cedera di kepala.
Difahamkan, mangsa bersama ibu bapa serta dua adik beradiknya datang ke kawasan peranginan itu untuk bercuti dan ketika kejadian mangsa sedang memilih barang permainan di sebuah gerai di pasar malam berkenaan.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands Deputi Superintendan Hasadid A Hamid berkata, siasatan awal mendapati pemandu van berkenaan seorang lelaki berusia 30 tahun yang juga peniaga sedang memandu vannya untuk pulang sebelum dipercayai menekal pedal minyak dengan kuat bagi mengeluarkan bunyi supaya pelanggan memberikan laluan kepadanya.
Katanya, van berkenaan kemudiannya secara tiba-tiba bergerak laju ke hadapan dan merempuh gerai dan juga beberapa pengunjung pasar malam itu.
"Kanak-kanak berkenaan maut manakala dua lagi wanita parah dan dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh untuk menerima rawatan selepas dipercayai patah kaki serta cedera di kepala.
"Mangsa yang maut dibawa ke Unit Forensik Hospital Sutanah Hajjah Kalsom (HSHK) di sini untuk bedah siasat," katanya.
Hasadid berkata, laporan polis yang diterima daripada pemandu van berkenaan mendakwa seluruh badannya mengalami kekejangan dan tidak sedarkan diri buat seketika ketika kejadian.
Katanya, pemandu van berkenaan tidak mengalami kecederaan dan ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Menurutnya, polis juga sudah mengambil sampel air kencing dan darah pemandu berkenaan untuk dianalisis.
Sumber : Harian Metro
Sent from my Samsung Galaxy smartphone.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.