Ini adalah untuk Amil kawasan Tanah Rata. Bagi kawasan Ringlet dan Brinchang rasanya amil tahun lepas masih kekal di kawasan tersebut. |
Esok sudah mulai berpuasa bagi tahun 2017.
Suasana berpuasa di Cameron Highlands mungkin sedikit berbeza kerana bertembung atau serentak dengan cuti sekolah selama dua minggu.
Tak apa, itu kita bincangkan di lain catatan sebab saya nak kongsikan mengenai kaunter bayaran zakat fitrah di Cameron Highlands.
Tadi telah dikongsikan dalam whatsapp group, facebook setempat mengenai hebahan kaunter bayaran zakat fitrah bagi Amil Tanah Rata dan saya ingin kongsikan juga di blog mrkumai.blogspot.com.
Kadarnya masih sama seperti tahun lepas iaitu RM 7 seorang yang layak berzakat.
Jangan tunggu lama-lama ya... jom kita tunaikan kewajipan....
Sent from my Samsung Galaxy smartphone.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.