Salam Dato Yang di Pertua,
Majlis Daerah Cameron Highlands.
Kerosakan permukaan Jalan di beberapa Lokasi Kampung Raja bukan perkara baru malah telah sekian lama berlanjutan dengan tindakan sangat perlahan dilihat dalam trmpoh 2 tahun krbelakangan ini.
Saya kurang pasti adakah laluan sekitar Kampung Raja ini sebahagian daripada Jalan Persekutuan 59 dibawah tanggungjawab Jabatan Kerja Raya atau terletak dalam status Jalan Bandaran dibawah kendalian MDCH.
Jika bukan dibawah Status Jalan Bandaran, saya mohon kerjasama pihak Yang Hormat Dato YDP untuk memanjangkan keresahan penduduk, pengguna baik pelancong atau penduduk tempatan yang menggunakan laluan ini untuk apa jua tindakan pemulihan dan pembaikan.
Ini kerana umum mengetahui laluan ini menghubungkan pengguna dari Utara Malaysia termasuklah Selatan Kelantan dan jika dilihat jumlah kehadiran pelancong pada tahun 2015 yang berjumlah 904 ribu, pasti akan sedikit menghampakan sebahagian mereka yang menggunakan laluan ini.
Dan pastinya suasana terumbang-ambing atau mungkin terhoyong hayang akibat permukaan jalan yang rosak bukan sebahagian acara sambutan kehadiran pelancong yang dirancang oleh Lembaga Perlancongan Pahang (Tourism Pahang) di Tahun Melawat Pahang 2017 yang sedang berlangsung ketika ini.
Atau jika mengambil kira nilai sumbangan ekonomi yang disumbangkan oleh sektor pertanian yang dianggarkan sejumlah 3 bilion ringgit setahun sepertimana yang dipersembahkan semasa taklimat mantan TImbalan Perdana Menteri lalu ketika Operasi Gading hendak dilaksanakan.
Saya pasti ini bukan penghargaan sewajarnya kepada semua penyumbang aktiviti pertanian dari kawasan pertanian terbesar di Daerah Cameron Highlands atau mahu dilihat sebagai sokongan kemudahan kepada pemangkin ekonomi sektor pertanian di siini.
Mohon ada satu tindakan segera jika dibawah tanggjngjawab Status Jalan Bandaran atau jasa baik Yang Hormat Dato YDP untuk dibangkitkan kepada pihak bertanggungjawab melalui saluran yang lebih akrab dibawah hubungan antara agensi sedia ada.
Saya atau mungkin Kami sebagai masyarakat tanpa kepentingan dan hubungan secara terus dengan mana-mana agensi tempatan ini hanya mengharapkan yang terbaik untuk kesejahteraan penduduk dan perbandaran yang terbaik bagi Daerah Cameron Highlands tanpa sebarang prejudis dan kepentingan peribadi.
Mohon pertimbangan diatas aduan ini dan didahuli dengan ucapan jutaan terima kasih.
(aduan kepada Majlis Daerah Cameron Highlands melalui email majlis@mdcameron.gov.my)
Sent from my S7edge smartphone
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.