Baru-baru Pejabat Hutan Cameron Highlands telah memasang papan tanda baru Parit Fall dengan nama Taman Eko Rimba Parit Fall.
Saya tak pasti adakah ada usaha penjenamaan semula Parit Fall ini ataupun sebaliknya.
Apapun saya mengharapkan taman ini diperkasakan sepenuhnya kerana iainya sesuatu yang wajar diketengahkan kerana lokasi yang mudah untuk dikunjungi.
Apa yang terdapat di sini?
Air Terjun Parit Fall yang nampak menarik tapi tidak sesuai untuk mandi manda sebab sumber airnya yang tercemar akibat pembangunan dan penempatan di bahagian huluanya.
Bak kata orang ... indah di mata sahaja...
Keduaya kawasan rehat untuk bersantai dan berkelah menikmati bekalan makanan anda di sini dengan kemudahan meja dan juga tandas yang disediakan.
Ianya dihubungkan dengan Denai Kembara nombor 4 ke Pejabat Perhutanan dan juga ke Pekan Tanha Rata.
Lagi satu dah ada dibangunkan sebelum ini maka wajarlah diberikan sentuhan dan manfaat untuk pelancong.
Saya teringat satu lagi air terjun. Kalau dulu air terjun ini bukan sekadar anak tiri statusnya malah boleh dikatakan dianaktaksahtarafkan kerana langsung tak diberikan tumpuan walhal kisahnya amat popular di mata pelancong antarabangsa.
Air terjum yang saya maksudkan adalah Robinson Fall di Tanah Rata.
Nanti kalau ada kelapangan saya singgah di sana. Insyallah.
Catatan mengenai Parit Fall saya pernha kongsikam atau kerap kongsikan.
Sent from my S7edge smartphone
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.