Sunday, April 30, 2017

Mogok tutup kedai di Brinchang


Saya dimaklumkan dari group WhatsApp pagi tadi ada tindakan mogok oleh pemilik-pemilik kedai di Brinchang kerana tidak berpuashati keputusan lanjutan tempoh percubaan laluan sehala yang diumumkan.

Catatan awal mengenai Percubaan Laluan Sehala di Pekan Brinchang di SINI.

Mulanya saya dimaklumkan semua pemilik kedai melakukan mogok senyap dengan tidak membuka perniagaan mereka namun dimaklumkan pula hanya sebilangan sahaja kerana masih ada yang membuka kedai seperti biasa.

Apa yang terjejas dengan penutupan ini? 

Beberapa buah Restoran Makanan Cina dan India, dua buah kedai runcit, dua kedai judi (rasanya tak tutup) sebuah kedai hardware, sebuah kedai gambar, dua buah kedai cenderahati dan juga sebuah kedai dobi. Anda terjejas nak ke sana bercuti?

Hotel-hotel rasanya dibuka macam biasa. 

Saya kongsikan petikan dari Harian Metro ini sahaja sebagai perincian.

**********

Ipoh: Kesemua premis perniagaan di Pekan Brinchang, Cameron Highlands, ditutup hari ini bagi membantah percubaan pelaksanaan laluan sehala di pekan itu yang disambung sebulan lagi bermula 18 April sehingga 17 Mei ini.

Pada 14 Mac lalu, Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Hasadid A Hamid mengeluarkan arahan mengenai pelaksanaan laluan sehala itu selama sebulan bermula 17 Mac hingga 16 April sebelum ia disambung sebulan lagi.

Presiden Persatuan Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands (REACH), R Ramakrishnan dalam kenyataan dikeluarkannya berkata, tindakan penutupan itu adalah sebagai bantahan secara aman terhadap sambungan pelaksanaan laluan sehala itu.

Katanya, penutupan premis perniagaan itu adalah untuk menarik perhatian Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Kerajaan Negeri Pahang untuk mengkaji semula perancangan laluan sehala itu.

Menurutnya, bantahan pertama sudah dilakukan apabila seramai 1,300 orang penduduk dan peniaga sudah menandatangani bantahan sebelum diserahkan kepada Tengku Abdullah pada 25 Mac lalu.

"Kami kecewa apabila dimaklumkan oleh Timbalan Ketua Polis Negeri bahawa Pemangku Raja mengarahkan lanjutan perlaksanaan jalan sehala dan sedih dengan pihak polis yang berulang kali menjalankan percubaan perlaksanaan laluan sehala ini namun gagal mengatasi masalah kesesakan lalu lintas," katanya.

Sementara itu, Hasadid dalam kenyataannya pula berkata, bantahan dilakukan dengan menutup premis perniagaan diketuai Ramakrishnan itu dilihat sebagai berunsur kepentingan peribadi tanpa mengambil kira pandangan majoriti pengguna jalan raya.

Katanya, ketika keberangkatan Tengku Abdullah ke daerah itu pada 15 Februari lalu, keadaan lalu lintas begitu sesak sehingga menjejaskan keselesaan masyarakat dan pelancong menyebabkan arahan dikeluarkan untuk mengatasi masalah itu.

Menurutnya, kesemua agensi kerajaan kemudiannya membuat kajian semula lalu lintas dan bersetuju untuk menjalankan percubaan pelaksanaan laluan sehala sebelum ia dilanjutkan bagi mendapatkan kajian terperinci.

"Pemerhatian berkala dijalankan oleh polis sepanjang tempoh percubaan ini terutama pada waktu cuti umum mendapati kesesakan dapat dikurangkan yang mana kadar maksimum kelewatandapat dikurangkan dari 90 minit ke 45 minit.

"Kesesakan yang berlaku juga hanya satu arah sahaja iaitu di laluan Tanah Rata ke Kea Farm, jika tidak sebelum ini kesesakan di kedua-dua arah kecuali pada waktu puncak," katanya.

Menurutnya, polis memohon kerjasama dan sokongan dari penduduk setempat agar menyokong segala usaha yang dijalankan oleh agensi terbabit dalam mencari jalan terbaik menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di Cameron Highlands.

Sumber ; Harian Metro


Sent from my S7edge smartphone

Kes penipuan scammer homestay .. Affandi...lagi sekali...


Saya pernah kongsikan kisah penipuan homestay oleh Affandi ni dalam catatan beberapa bulan lepas. Catatan berkenaan di SINI.

Ada lagi yang terkena semalam.

Saya petik dari facebook salah seorang pengusaha apartment percutian ini yang mana ada pelanggan yang menghubunginya setelah dijanjikan apartment miliknya oleh si penipu Afandi Shahabudin ini. 

Kisah si penipu Homestay ini sebenarnya sangat popular dan anda buat carian mengenainya di laman web dan anda akan temui kisah-kisah lain. 


Hati-hati. Apa tindakan pihak berkuasa? Kenalah mangsa penipuan kongsikan.

********************************************************************************

TANDA-TANDA KORANG DAH KENA TIPU DENGAN AFFANDI
====================================

Dia ni bukan setakat homestay Cameron Highlands, Langkawi pun dia tapau. 

Bila guest call dia tutup fon pada hari check in. Mesej tak balas. 

Kalau dia balas akan ada alasan kenapa korang tak boleh check in. Guest yang contact kak Aini harini konvoi 5 buah kereta. 

Affandi si penipu ni kata homestay Prima Villa takde letrik. 

Hati-hati lah bila korang dapat rate terlalu murah dan tak masuk akal untuk peak period macam minggu ni. 

Kejadian berasingan, guest dapat offer RM200/malam untuk 3 bilik apartment hari ni! 

2 bilik ada aircon, 1 bilik xde aircon. Whatttt???? 

Pertama, rate rm200 tu hari biasa boleh la dik. Ni long weekend. Masa ni la owner nak dapat pendapatan lebih cover macam² expenses. Rate biasanya rm300 ke atas untuk apartment 3 bilik. 

Booking bilik je pun dah rm100 lebih. Lagi pulak 3 bilik apartment. Ada hall. Ada dapur. Boleh masak. 


Bab aircon, kak taktau la homestay mana yang dah sedia aircon kat cameron highlands ni. Setakat kipas tu adalah. Tu pun belum tentu semua unit ada. 

Nak sejuk buka tingkap je. Sah² natural aircon. Tak buka tingkap pun dah tarik toto tutup rapat. 

Buat Affandi, sudah² lah menipu orang. Ligat betul ye dik buat kerja peak season. Kau buat betul² ada komisyen kot daripada makan duit haram jadi darah daging. 

Belum masuk sumpah seranah orang. Kesian akak dengan kau dik.

SUMBER : Facebook.

Sent from my S7edge smartphone

Tuesday, April 25, 2017

Tempat nak berkelah dan rehat di Tanah Rata

Parit Fall yang ada kemudahan meja simen.

Maksud catatan ini adalah tempat untuk anda berhenti rehat dan menikmati bekalan makanan anda secara santai. 

Sebab ramai keluarga yang datang ke Cameron Highlands dan membawa bekalan makanan dari rumah.

Mungkin sebagai langkah berjimat dan lebih selesa sebenarnya. 

Teringat zaman kecil saya yang mana mak dan ayah saya sentiasa akan membawa bekalan makanan dari rumah jika keluar berjalan jauh. Tak de istilah makan kedai dahulu tetapi kami gelarkan berkelah walau hanya ditepi jalan dan dibawah pokok.

Saya seringkali melihat suasana berkelah ini di sini. Ada yang berhenti di tepi jalan dan menumpang hentian bas.

Saya nak syorkan beberapa tempat yang sesuai untuk anda.

1. Taman Pertabalan di Tanah Rata. 
Taman awam dan permainan kanak-kanak di Tanah Rata ini lebih lengkap sebab ada tandas awam dan kemudahan pondok rehat. Cuma anak kecil hilang fokus nak makan sebab nak bermain pula nanti. 

Hamparkan tikar anda di bawah pokok besar dan kawasan yang lapang. 

2. Taman Replika sayuran di Tanah Rata. 
Sebelah sahaja di Taman Pertabalan di Tanah Rata.  Ambil ruang bahagian atas di bawah pokok yang besar dan kawasan berumput untuk anda menghamparkan tikar anda.

Replika sayur-sayuran yang besar selalunya menjadi latar belakang bergambar dan juga anak-anak kecil memanjat dan bermain. 

3. Taman Menara Jam
Lokasinya memasuki Pekan Tanah Rata dari arah Ringlet. Ada tiga pondok rehat. Letak kereta di kawasan Oly Apartment sekejab sebab lebih selamat dari melintas jalan.

Menjadi pilihan untuk bergambar dengan berlatarkan ayat 'SELAMAT DATANG KE CAMERON HIGHLANDS'.

4. Tebing Sungai Bertam di Padang MDCH Tanah Rata. 
Sepanjang tebing sungai ada beberapa kerusi dan kawasan lapang sedikit. Cuma tebingnya tak berpagar dan jika ada anak kecil tak sesuai ke sini. 

Kelebihannya suasana agak redup dengan deretan pokok besar di sepanjang tebing. 

5. Taman Eko Rimba Parit Fall. 
Ada kemudahan kerusi dan meja serta pondok rehat. Ruang letak kereta yang lebih dekat dengan tempat rehat memudahkan anda untuk mengangkut bekalan makanan ke meja simen yang disediakan. 

Lokasi masuk ke Taman Eko Rimba ini adalah melalui Kampung Taman Sedia. 

Gambar di atas ini adalah di Taman Eko Rimba Parit Fall ini. 


6. Tapak Perkhemahan Sungai Pauh
Terletak dalam Pejabat Hutan Daerah Cameron Highlands ini lebih unik untuk dikunjungi kerana ada alur sungai yang kecil dan sangat jernih. Sesuai untuk mandi di sini tapi harus diingatkan airnya sejuk sampai ke tulang.

Juga merupakan tapak perkhemahan tunggal di Cameron Highlands.

Selamat berkelah.... santai dan sempoi tetapi satu peringatah KERAS....

JAGA KEBERSIHAN TEMPAT BERKELAH TERSEBUT SELEPAS DIGUNAKAN.

Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

Monday, April 24, 2017

CHiMP... bilalah nak dibuka ...


Sejak 2009 ChiMP  telah dibina di Hutan Lipur Farit Fall atau kini dinamakan sebagai Taman Eko Rimba Parit Fall.

Namun sehingga kini satu haripun tidak pernah dibuka kepada umum. 

Banyak kali dinaiktaraf namun masih belum dibuka juga. 

Tidak pasti apakah memang ianya sekadar taman rujukan kepada agensi tertentu atau sebaliknya. 

Malah harapan saya berbunga bilamana Ahli Parlimen Cameron Highland sendiri  pernah diamanahkan sebagai Menteri Alam Sekitar yang pastinya amat berkuasa dalam jabatan perhutanan, namun berlalu hampa sahaja. 

Apapum nanti saya tanya pihak perhutanan negeri dan daerah untuk kepastian. 

Rugi tau...

ChiMP  tu apa ? Cameron Highlands Montaine Park... taman yang berkoleksi tanaman yang berkelaskan atau berhabitatkan di gunung ganang.

Rasanya lah...... 

Sent from my S7edge smartphone

Taman Eko Rimba Parit Falls di Tanah Rata


Baru-baru Pejabat Hutan Cameron Highlands telah memasang papan tanda baru Parit Fall dengan nama Taman Eko Rimba Parit Fall.

Saya tak pasti adakah ada usaha penjenamaan semula Parit Fall  ini ataupun sebaliknya.


Apapun saya mengharapkan taman ini diperkasakan sepenuhnya kerana iainya sesuatu yang wajar diketengahkan kerana lokasi yang mudah untuk dikunjungi. 

Apa yang terdapat di sini?

Air Terjun Parit Fall yang nampak menarik tapi tidak sesuai untuk mandi manda sebab sumber airnya yang tercemar akibat pembangunan dan penempatan di bahagian huluanya. 

Bak kata orang ... indah di mata sahaja... 


Keduaya kawasan rehat untuk bersantai dan berkelah menikmati bekalan makanan anda di sini dengan kemudahan meja dan juga tandas yang disediakan. 

Ianya dihubungkan dengan Denai Kembara nombor 4 ke Pejabat Perhutanan dan juga ke Pekan Tanha Rata. 


Lagi satu dah ada dibangunkan sebelum ini maka wajarlah diberikan sentuhan dan manfaat untuk pelancong.


Saya teringat satu lagi air terjun. Kalau dulu air terjun ini bukan sekadar anak tiri statusnya malah boleh dikatakan dianaktaksahtarafkan kerana langsung tak diberikan tumpuan walhal kisahnya amat popular  di mata pelancong antarabangsa.

Air terjum yang saya maksudkan adalah Robinson Fall di Tanah Rata. 

Nanti kalau ada kelapangan saya singgah di sana. Insyallah.

Catatan mengenai Parit Fall saya pernha kongsikam atau kerap kongsikan. 

Sent from my S7edge smartphone

Santai @ Trek Ke Menara Pandang Tanah Rata


Sekitar kembara santai keluarga kecil saya ke Denai Menara Pandang di Tanah Rata.

Denai ini hanya tinggal denai kembara yang menuju ke Menara Pandang di Tanah Rata namun anda tidak akan menemuinya kerana telahpun roboh menara ini.

Namun tarikan yang menarik di sekitar denai ini adalah daun-daun pokok eucalyptus yang kering dan gugur ke bumi dan warnanya yanf merah bagaikan hamparan karpet. 

Denai sejauh 1.5 km pergi balik ini boleh dimasuki dari arah Pejabat Perhutanan Daerah Cameron Highlands atau dari arah Taman Eko Rimba Parit Fall.

Koleksi penuh gambar di Facebook saya. 





Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

Thursday, April 20, 2017

Tercemarnya Sungai-sungai di Cameron Highlands

Sungai Bertam di kala selepas hujan lebat.

Ini adalah salah satu kenyataan yang benar berlaku dan bukan mengejutkan malah telah lama diketahui.

Bukan kali pertama didedahkan oleh pihak media masa dan ngo tempatan. Tindakan selepas pendedahan biasa digembar-gemburkan.

Tak ada penyelesaian. 

ONLY 10 per cent of the 123 rivers in Cameron Highlands are in healthy condition.

Regional Environment Awareness Cameron Highlands (REACH) president Ramakrishnan Ramasamy said most rivers in the highland, known for its tourism and agriculture, are heavily polluted.

He said data  from the Department of Environment (DoE) and the Drainage and Irrigation Department (DID) showed that only about 10 per cent of 123 rivers were in Class I and Class II, while the remainder were in Class III and Class IV.

He also said three rivers had been declared biologically dead, and came under  Class V of the classification.

According to Ramasamy, the biologically dead rivers are Sungai Tringkap, Sungai Icat (near Kampung Kuala Terla and Sungai Terla, which is the main source of water supply in Cameron Highlands) and Sungai Parang (near 33rd Mile between Tanah Rata and Habu).

The Interim National Water Quality Standards (INWQS) listed six classes (I, IIA, IIB, III, IV and V), which referred to classification of rivers or river segments based on a descending order of water quality, with Class I being the "best" and Class V being the "worst".

"If the rivers in Cameron Highlands could talk, it would most probably say to human beings — 'don't kill me'," said Ramasamy.

REACH  recently released a short documentary using drone footage  in an effort to save Sungai Bertam, which has been classified under Class IV, as well as other polluted rivers, with the hope of gaining the attention of the authorities.

"We hope to conduct an awareness campaign to protect and preserve rivers in Cameron Highlands from pollution.

"This may seem like an uphill battle with the odds stacked against us, but as responsible citizens, we will not allow our beloved rivers to die," he told the New Straits Times.

The three-minutes and 45-second documentary, titled Tears of a River, documented the pollution of Sungai Bertam, one of three main rivers in Cameron Highlands.

Available on YouTube, the film captures how the river had turned into a "dirty drain" within the first 2km of the river after decades of abuse, mainly caused by development projects and agricultural activities.

Ramasamy noted that heavy rain had also caused sewage to flow into the river, while people had been discharging waste, both solid and liquid, into the river or its feeder drains.

"At the same time, pesticide and fertilisers, which carry a heavy load of pollutants such as oxygen-depleting nitrate, make their way from farm soils into rivers and threaten to aggravate an already serious situation."

He pointed out that popular riverside attractions in Cameron Highlands, such as Parit Falls and Robinson Falls, had long been given a miss by people especially the locals.

Ramasamy warned that the people living downstream of polluted rivers might be unaware of the pollution.

A river with high level of pollutants might appear deceptively clean, as even crystal clear water contained toxic substances, he said.

Ramasamy said he had lost faith in the local authorities as there had been little effective action despite warnings and revelations.

Citing an example, he said in 2015, REACH and Pesticide Action Network Asia and the Pacific (PANAP) revealed that banned pesticides, such as endosulfan, edrine ketone, aldrin and DDE, which is a derivative of the dangerous DDT found in the water catchment and riverine system in Cameron Highlands.

Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

Wednesday, April 19, 2017

Port Memancing... Parit Falls



Saya ditanya di manakah port atau tempat memancing di Cameron Highlands.
Saya bingung untuk menjawabnya. 
Pertama saya bukan kaki pancing.
Kedua saya jarang nampak orang memancing.

Tapi dari kisah kawan-kawan yang kaki memancing ada beberapa port memancing yang boleh tahan.

1. Tasik Lubuk Tamang atau Empangan Abu Bakar, Habu terutamanya di sekitar kuala Sungai Khazanah ke empangan.
2. Empangan Susu atau dikenali sebagai Projek Hidro Ulu Jelai di Jalan Pos Betau - Ringlet. Lokasi baru ini sebab airnya baru ditakung tahun lepas.
3. Parit Falls di Taman Eko Rimba Parit Falls  di Tanah Rata.


Saya panjang sikit cerita bab parit fall ini sebab mudah sangat dikunjungi. Tapi bukan lubuk yang meriah untuk diduga cuma kalau nak lepas gian tu boleh lah. 

Jangan tak sangka pula, adakala tangkapannya diluar jangkaan zeperti rakan-rakan yang pernah berjaya menaikan ikan di sana.


Anda nak cuba ? Silakan.... 

Sent from my S7edge smartphone

Monday, April 17, 2017

Selamat Tinggal Menara Pandang Gunung Brinchang


Minggu lepas, satu pengumuman rasmi telah dibuat iaitu Penutupan Kawasan Menara Gunung Brinchang di Puncak Gunung Brinchang.

Kini kita hanya boleh sampai ke perkarangan laluan masuk Hutan Mossy yang mana telah didirikan pagar dan halangan untuk masuk ke kawasan ini. Tiada lagi kunjungan yang boleh dilakukan untuk ke Manara Pandang ini.

Penutupan ini dibuat sebagai keperluan Kawasan Keselamatan Negara iaitu Stesen Komunikasi dan Telekom di atas puncak Gunung Brinchang yang berada pada ketinggian 6664 kaki dari aras laut.

Ini menjadikan tiada lagi struktur menara pandang yang boleh dikunjungi di Cameron Highlands. Tiada.

Untuk makluman, dahulu ada satu lagi menara pandang iaitu di dalam kawasan Pejabat Perhutanan Cameron Highlands. Malangnya struktur ini telah menyembah bumi seawal 2008. 

Saya secara peribadi amat ingin melihat satu menara pandang baru yang lebih menarik, sempurna, kukuh dan selamat akan didirikan sebagai ganti menara pandang ini baik di Gunung Brinchang mahupun di Tanah Rata. 

Insyallah satu kertas cadangan akan diajukan sebagai pendapat peribadi saya. Susah kalau kita bagi pendapat nanti ada pihak berkecik hati dan mengangap kita sebagai kacau daun, tunjuk pandai atau tindakan berunsur politik. 

Tak apalah apa yang akan dikatakan.. kita mahukan yang terbaik.. tanpa prejudis..


Sent from my S7edge smartphone

Jumlah penduduk di Cameron Highlands pada tahun 2015


Jumlah penduduk Daerah Cameron Highlands pada tahun 2015 berjumlah 41,700 orang.

Ini merupakan peratusan jumlah penduduk terkecil berbanding daerah-daerah lain yang hanya 2.57% dari keseluruhan  1,623, 200 rakyat Negeri Pahang. 

Namun kadar pertumbuhan purata tahunan penduduk Cameron Highlands adalah tertinggi berbanding daerah lain iaitu 2.79 % setahun...

Aktif benor ni... sejuk ngat kata org Pahang wee...

Tapi itu bukan faktor utama tetapi dilihat sebagai kesan pertambahan penduduk ekoran sektor perlancongan dan juga penawaran pekerjaan yang berkaitan serta pertambahan kawasan perumahan dan penempatan. 

Pecahan kaum saya kongsikan seperti cartai pai di atas.

Warga asing menyamai jumlah penduduk berstatus bumiputera iaitu Orang Asli. 

Sent from my S7edge smartphone

Jumlah pelancong bagi tahun 2015 ke Cameron Highlands


Jumlah pelancong  bagi tahun 2015 ke Cameron Highlands seramai 904,899 orang. 

Jumlah ini meningkat sabaan tahun dan kalau jumlah tahun sebelum mencatatkan sekitar 830 ribu pelancong.

Jumlah kehadiran pelancong pada tahun 2015 ini menjadikan daerah ini pada kedudukan ketiga selepas Daerah Bentong yang telah menerima 6,657,222 pelancong diikuti oleh Daerah Kuantan 1,853,670 pelancong. 

Bentong menjadi tumpuan pelancong yang tertinggi ekoran kewujudan Kota Keriangan Genting Highlands manakala bagi Kuantan pula koleksi persisir pantai dan juga pusat ekonomi serta pentadbiran negeri.

Cameron Highlands masih mengungguli kategori alam semulajadi dan tanah tingginya. 

2016 saya menjangkakan jumlah pelancong mampu mencecah sejuta bagi daerah kami ini. Tak sabar untuk tunggu angka rasminya.

Adakah anda telah menjadi sebahagian dari statistik jumlah pelancong 2015 ini?

Sent from my S7edge smartphone

Sunday, April 16, 2017

Senarai pengusaha apartment percutian sekitar Pasar Malam Cameron Highlands

Saya ada menjawab soalan pembaca yang mahu tahu apartment percutian terdekat dengan pasar malam baharu secara umum.

Saya ada janjikan kalau rajin saya akan kumpulkan senarai pengusahanya. Ini apa yang saya rajin buat pagi ahad ini. Saya copy and paste dan printscreen iklan mereka yang telah mereka kongsikan di laman Facebook Cameron Highlands Group.

Saya langsung tak kenal mereka ini. Jangan minta saya hubungi mereka atau berunding dengan mereka. 

Anda perlu keberanian untuk terus hubungi mereka.  Bukan saya pula yang kena tanya mereka. 

Selamat merancang percutian anda. 

Tips : Cara terbaik untuk dapatkan maklumat mereka, kerana ada diantara anda adalah keyboard warrior tegar, post aje pertanyaan anda di facebook Cameron Highlands Group... jangan risau, mereka tak dengar suara emas anda tetapi akan segera menjawab soalan anda.


Sent from my S7edge smartphone

Thursday, April 13, 2017

Hotel terdekat dengan Pasar Malam Cameron Highlands

Saya terima satu email mengenai soalan ini selepas beliau membaca mengenai catatan apartment percutian terdekat dengan lokasi pasar malam yang baharu.

Jawapan saya ;

Salam tuan, 
Terima kasih kerana membaca dan singgah di blog saya.

Menjawab soalan tuan mengenai hotel terdekat dengan Pasar Malam Cameron Highlands yang baharu ini, saya kongsikan seperti di bawah yang mana dalam lingkungan 1-3 km:

1. HOTEL CASA DE LA ROSA
Paling dekat dengan lokasi pasar malam iaitu 700 meter sahaja dan berada di laluan utama Tanah Rata ke Brinchang. 

2. HOTEL CAMERON HIGHLANDS RESORT
Hotel ini bertaraf 4 bintang kalau tak silap saya dan tergolong dalam kumpulan hotel termahal di Cameron Highlands. Harga kadar semalamnya sangat mendebarkan..... 

3. HOTEL SMURF INN
Hotel ini unik kerana di dalam kawasan perumahan ala Eropah di mana senibina 8 unit bersebelahannya adalah gabungan pelbagai senibina Eropah menjadikannya persekitranya sangat esklusif.

4. HOTEL THE OLDE SMOKE HOUSE
Dibina dan dibuka pada pada tahun 1935 memang agak klasik dan mempunyai kelas yang tersendiri dengan masih mengekalkan tradisi perkhidmatannya. Kadar harganya.... poket kena tebal. 

5. HOTEL DE LA FERN
Hotel ini agak selesa berdasarkan pengalaman kawan yang selalu menginap di sini. Berada di laluan utama Tanah Rata ke Brinchang.

Hotel-hotel ini berada dalam lingkungan 1-3 km dari tapak pasar malam ini.

Perincian mengenai hotel ini boleh anda cari dari laman web mereka dan hubungi mereka untuk pertanyaan selanjutnya. Jangan tanya saya pula. 

Semoga dapat membantu...

Sent from my S7edge smartphone

Tuesday, April 11, 2017

Penginapan berdekatan dengan Pasar Malam Cameron Highlands baru


Saya menerima pertanyaan ini dari pembaca di blog saya. Terima kasih sebab sudi singgah membaca catatan blog saya ini.

Menjawab soalan Puan, jika puan bermaksudkan berdekatan dengan lokasi pasar malam ini dengan hanya berjalan kaki sahaja saya cadangkan lokasi ini sebagai pilihan penginapan.

1. Barrington Square yang memang berhadapan dengan pasar malam. Turun lift dan lintas jalan dah sampai.

2. SommerSquare Golden Hills yang juga berhadapan tetapi sekitar 20-50 meter dari simpang masuknya. 

3. Taman Perumahan Sungai Ruil atau Vines yang sekitar 150 meter dari pasar malam. Ini adalah kawasan rumah teres. 

4. Villa Dahlia yang berjarak 500 meter dari lokasi pasar malam iaitu dari persimpangan utama memasuki ke lokasi pasar malam ini. Sedikit jauh berjalan malah terasa jauh .... tambah-tambah lagi dengan barangan di tangan...

Keempat-empat lokasi di atas berjarakkan hanya berjalan kaki. 

Untuk mengetahui siapa yang ingin tahu siapa yang ada menawarkan khidmat apartment percutian, saya sangat syorkan anda sertai facebook Cameron Highlands Group.

Ramai pemilik apartment di lokasi di atas akan memberikan maklumbalas bila ditanya.

Kalau saya rajin saya cuba kumpulkan nama mereka. Bila?entahlah ..

Kemaskini Catatan Koleksi Pengusaha Penginapan di sekitar Pasar Malam Cameron Highlands:
Cuma jangan terpedaya dengan MAMAT SCAMMER ini yang mana ramai jugak yang tertipu dengan pakej temberangnya di seluruh Negara : 

Sent from my S7edge smartphone

Trek nombor 1 Gunung Brinchang dan Menara Pandang Gunung Brinchang ditutup


Kurang satu lagi tarikan unik di Cameron Highlands Khasnya menara pandang di puncak 6664 kaki dari aras laut Gunung Brinchang yang juga laluan berkereta tertinggi di Semenanjung Malaysia.

Tapi memang uzur sangat dah menara tu.. bukan hanya berkarat tapi turut terhakis strukturnya. Merbahaya untuk pelancong.

Apapun macam tak selari dengan agenda Tahun Melawat Pahang 2017.. 

Pendapat biasa saya sepatutnya semua kemudahan tempat melancong dan tarikan utama di Pahang harus malah berstatus wajib bersedia sepenuhnya lebih awal dalam menyambut pelancong bukan ditutup di kala musim perlancongan tahun istimewa  giat dipromosikan...

Apapun kipidap.... 

Sent from my S7edge smartphone