Catatan keempat Kembara Rafflesia saya ini akan berkisar dengan laluan kembara yang dilalui.
Namun saya akan ringkaskan seperti dibawah dengan pergerakan pasukan kembara kami melibatkan 27 peserta kembara yang mana hanya 9 lelaki dan saya sendiri membawa anak saya yang berusia 7 dan 9 tahun manakala peserta termuda adalah berusia 4 tahun dan tertua adalah guide kami, Pak Kassim.
Untuk anda yang belum membaca catatan awal Kembara Rafflesia yang telah saya kongsikan terlebih dahulu boleh membacanya di link yang disediakan ini. Bukan apa supaya anda dapat memahami lebih lanjut aturannya.
Kembara Rafflesia 2017 1... pengenalan kembara
Kembara Raffelsia 2017 2...pengenalan bunga rafflesia
Kembara Raffelsia 2017 3... lokasi kembara
Kembara Raffelsia 2017 4 ... yang ni lah .. tips untuk ke sana
Kembara Raffelsia 2017 5 ... belum buat ... tapi rasanya pasal trek kembara plot kedua
Kembara Raffelsia 2007 6 ... belum buat.. Lojing di hujung tanduk kut
Kembara Rafflesia 2017 1... pengenalan kembara
Kembara Raffelsia 2017 2...pengenalan bunga rafflesia
Kembara Raffelsia 2017 3... lokasi kembara
Kembara Raffelsia 2017 4 ... yang ni lah .. tips untuk ke sana
Kembara Raffelsia 2017 5 ... belum buat ... tapi rasanya pasal trek kembara plot kedua
Kembara Raffelsia 2007 6 ... belum buat.. Lojing di hujung tanduk kut
1. Penggunaan Guide
Perjalanan kembara anda lebih mudah kalau anda gunakan guide sebab info terkini lokasi bunga rafflesia yang sedang kembang sudah disahkan. Jadi anda tidak perlu tercari-cari di manakah lokasi bunga yang telah berkembang.
Guide boleh dipilih samada melalui agensi perlancongan atau Orang Asli Tempatan jika anda mengenali mereka.
Kelebihan menggunakan guide selain waktu terbaik untuk melihat rafflesia adalah soal keselamatan yang mana mereka amat arif dengan laluan dan hutan persekitaran berbanding anda yang mungkin pertama kali seperti pasukan kembara kami.
Kos penggunaan guide sekitar RM 40 -80 seorang bergantung pakej perkhidmatan yang ditawarkan.
2. Kenderaan yang sesuai.
Laluan ke lokasi bunga raffesia adalah melibatkan laluan kebun sayur atau balak yang mana permukaannya tidak boleh dilalui oleh kenderaan ringan dan mewah anda. Jadi salah satu caranya kami memilih bantuan guide yang akan menyediakan pengankutan dalam pakej mereka.
Guide biasanya akan menggunakan kenderaan pacuan 4 roda yang sesuai untuk ke lokasi permulaan pendakian dan pengalaman kami minggu sudah memang perlukan pacuan 4 roda untuk memasuki kawasan pendakian sebenar.
Pertama anda boleh menjimatkan masa untuk masuk ke sana kerana untuk mendaki laluan balak sejauh 1-2 km memerlukan tenaga terutama di bawah perit matahari.
Anda akan kehilangan stamina awal di sini yang mana lebih diperlukan di dalam trek pendakian hutan.
3. Laluan pendakian bermula.
Kami memulakan pendakian ke Hutan Simpan Sungai Berok dihadapan Kampung Orang Asli Jedip yang mempunyai paling banyak populasi bunga rafflesia dengan melalui kawasan jalan balak yang sudah terputus.
Laluan mendatar sahaja namun pokok buloh yang tumbang sedikit merisaukan jika membawa kanak-kanak namun harus diingat ini hanyalah permulaan.
Laluan jalan balak ini sekitar setengah kilometer sahaja.
4. Merentassi sungai.
Ini adalah laluan biasa namun digemari. Kami perlu melintasi anak sungai dalam perjalanan kami sekitar 4 batang alur sungai.
Dua yang pertama amat keruh airnya kerana bersumberkan kawasan kebun sayur yang telah diterokai manakala bakinya amat jernih sekali.
Malah sepanjang laluan pendakian kami, kebanyakan laluan kami adalah melalui tebing sungai yang mana jelas kedengaran bunyi arus sungai tersebut terutama apabila terdapat jeram dan anak air terjun di laluan sungai tersebut.
Laluan pendakian merentasi sungai adalah tanpa sebarang jambatan kecuali alur yang kedua yang menggunakan jambatan kayu hutan.
5. Laluan denai hutan.
Sepanjang 4 kilometer adalah denai hutan yang telah jelas bentuknya kerana seringkali dikunjungi oleh pelancong bunga rafflesia yang dianggarkan sekitar 10-20 orang setiap hari.
Malah laluan denai ini juga digunakan oleh pekebun untuk meletakan paip bekalan air mereka dari sumber yang bersih dan dikatakan oleh guide kami ada yang menjangkau 10 kilometer jauhnya bagi tujuan penanaman mereka,
Sumber air ini amat bersih kerana tiada kebun dibuka di dalam kawasan hutan Simpan Sungai Berok ini dan inilah harapan kami agar proses pewartaan kawasan perlingdungan bunga rafflesia akan dapat dipercepatkan bagi menghalang sebarang usaha pembalakan dan juga pencerobohan.
Kami melalui perjalanan sejauh 15 kilometer pergi dan balik di mana ada diantara kami termasuk keluarga kecil saya yang menyambung kembara bunga rafflesia di lokasi kedua yang memerlukan 45 minit pendakian manakala rakan-rakan yang sudah keletihan selepas lokasi yang pertama memilih untuk berehat dan mandi manda di jeram sungai dan air terjun.
Alhamdulilah, sepanjang hari tidak hujan dan cuaca agak panas memudahkan urusan perjalanan kami pada hari tersebut sehinggalah dipertengahan jalan utama barulah hujan turun.
Pastinya cabaran akan lebih berbeza jika hujan turun ketika kami masih dalam trek pendakian dan juga laluan balak di sini.
Tips untuk anda yang nak ke sini adalah pastikan anda:
1. Memakai kasut yang sesuai sangat penting. Kasut yang sesuai bermaksud untuk kembara denai bukan berjalan ke komplek membeli belah. Ada masanya anda akan melintasi jeram sungai yang boleh menyebabkan kasut basah.
2. Mengurangkan berat beg dengan hanya membawa bekalan makanan ringan untuk perjalanan sekitar 6 jam. Bawa la coklat tambahan, roti atau apa sahaja yang boleh menambah tenaga tetapi tidak berat. Jangan bawak periuk belanga nak memasak. Kurang dari 6-8 jam sahaja kembara ini.
3. Membawa baju hujan atau ponco jika anda tiba-tiba hujan. Bag anda harus yang kalis air.
4. Membawa peti kecemasan terutamanya yang mengandungi minyak dan ubat gigitan serangga. Ini wajib dibawa kalau tak seorang satu kongsilah ramai-ramai. Jangan tak bawak langsung. Malang tak berbau...
5. Menggunakan guide lebih memudahkan urusan dan keselamatan. Jangan ingat mudah tanpa guide. Anda akan membuang masa mencari di mana populasi bunga ini. Soal keselamatan anda perlu anda utamakan.
6. Membawa sepersalinan pakaian besih untuk dipakai selepas pendakian. Ini pun penting sebab kalau anda nak solat ke atau perlukan pakaian bersih selepas tamat kembara.
Selamat mendaki untuk mencari bunga rafflesia. Anda pasti tidak merasa rugi jika menemuinya,
Sent from my S7edge smartphone
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.