Saya petik dari Sinar Harian Online berkenaan titah KYDMM PEMANGKU RAJA PAHANG yang saya percaya KDYMM Tuanku telah dipersembahkan Taklimat Pembangunan Daerah Cameron Highlands pagi tadi di Pejabat Daerah dan Tanah sebelum berangkat ke Sesi Ramah Mesra Desa Kayangan di Brinchang.
Saya berpendapat ianya sebahagian pelan rancangan lalulintas dalam Draft Rancangan Tempatan (pengantian) Cameron Highlands 2030 yang diumumkan tahun lepas.
Sebagai rakyat biasa, semoga titah ini mendapat perhatian sewajarnya.
Daulat Tuanku...
CAMERON HIGHLANDS - Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu jalan alternatif menghubungkan Habu dengan Tringkap di sini, dibina secepat mungkin.
Menurut baginda, pembinaan jalan alternatif sepanjang 20 kilometer itu diharap dapat mengurangkan kesesakan di sekitar Tanah Rata dan Brinchang.
"Minta jasa baik Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan Menteri Besar (Datuk Seri Adnan Yaakob) mempercepatkan projek ini," titah baginda.
Baginda bertitah demikian dalam sidang media selepas melawat Kampung Desa Kayangan dan ramah mesra bersama penduduk di Brinchang di sini, hari ini.
Namun Tengku Abdullah berharap pembinaan laluan alternatif itu dibuat tanpa perlu menarah bukit di situ.
Sumber; Sinar Harian
Sent from my S7edge smartphone
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.