KUALA LUMPUR - Pusat peranginan terkemuka Cameron Highlands merupakan kawasan paling sejuk di Malaysia ketika ini, apabila mencatat suhu terendah, 16 darjah Celcius pada Januari lepas.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Datuk Che Gayah Ismail berkata, faktor cuaca, hujan yang kerap pada Januari dan kadar liputan awan, memberi kesan kepada bacaan suhu yang dicatatkan.
Cameron Highlands pernah melakar sejarah sebagai kawasan yang mencatat suhu paling rendah dalam negara iaitu 7.8 darjah Celcius pada Februari 1978, katanya kepada Bernama di sini.
"Ia direkodkan pada ketinggian 1,471.6 meter dari purata paras laut," tambahnya.
Beliau berkata, di kawasan tanah rendah, tiada sebarang rekod suhu rendah melebihi paras minimum, dicatatkan dalam tempoh yang sama. - Bernama
(Ulasan saya: Ianya hanya untuk tempoh tertentu bukannya sepanjang masa. Juga paling sejuk di sini dibandingkan dengan kawasan tinggi yang lain di Malaysia seperti Genting Highlands, Bukit Tinggi, Janda Baik, Bukit Larut dan juga alur angin moonson seperti Kuala Krai dan sebagainya. Jika anda datang ke Cameron Highlands dan tidak merasai sejuk sangat ianya adalah bermusim dan bukannya sepanjang masa)
Sent from my S7edge smartphone
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.