Monday, December 12, 2016

Musim Strawberry ?


Selalu ditanya soalan adakah sekarang musim Strawberry di Cameron Highlands oleh pelancong yang nak datang. Mereka bimbang jika datang musimnya sudah habis dan pasti menghampakan mereka. 

Jawapan saya adalah tiada musim strawberry di Cameron Highlands kerana ianya berbuah sepanjang masa dan sumbernya dari pelbagai ladang dan kebun yang mengusahakannya. 

Yang selalu terjadi adalah buah telah habis di pokok atau kebun sebelum ianya berbuah kembali dan secara berterusan tanpa perlu menunggu musim yang tertentu.

Jadi kalau ladang atau kebun yang anda kunjungi telah kehabisan buah strawberry atau belum masak sepenuhnya, ada kebun dan lokasi yang lain boleh membekalkannya. 

Maklumlah kadang-kala musim cuti sekolah permintaan amat tinggi dan kebun yang mudah dikunjungi selalu cepat habis. 

Jadi dapatkan bekalan strawberry anda di pasar malam kerana selalunya kebun yang tidak boleh dikunjungi oleh pelancong akan menjualnya di sana. 

Harga jualan adalah mengikut permintaan dan penawaran bekalan... asas ekonomi .. 

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.