Saya pernah beberapa kali berkongsikan kisah di Parit Fall di Tanah Rata.
Tapi saya nak kongsikan jugak suasana terbaru minggu sudah.
Agak tertinggal dari senarai kunjungan pelancong sebab agak tidak diberikan promosi.
Namun bagi mereka yang ingin buat hari keluarga, di sini boleh digunakan.
Juga bagi mereka yang nak bersantai berkelah makan bekalan dari rumah, di sini juga boleh dijadikan lokasi perkelahan anda yang ringkas dari anda menikmati di tepi jalan yang sering saya lihat.
Untuk makluman, Parit Falls di bawah seliaan Pejabat Hutan Daerah Cameron Highlands dan bukannya di bawah Majlis Daerah Cameron Highlands.
Jadi hubungi Pejabat Perhutanan Daerah Cameron Highlands untuk maklumat penggunaan Parit Falls ini secara rasmi.
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.