Thursday, October 6, 2016

Fakta Kes Bocor Tayar Kereta Pelancong di Brinchang @ Cameron Highlands

Ini Fitnah... 50 buah tidak benar.. 12 buah adalah jumlah sebenar.

Sebaik sahaja masuk minggu ini selepas cuti awal Muhamaram, tersebar satu rantaian maklumat penambah cerita atau mungkin juga boleh dikatakan fitnah mengenai kes bocor tayar kereta pelancong di Brinchang.

Ada tersebar di whatsapps mengenai kononya kes berpunca dari taukey kedai tayar berbangsa Cina yang mengupah orang asli untuk melakukan jenayah khianat tersebut.

Malah ada yang membuat poster atau gambar dengan kapsyen yang tidak benar.

Ini semua fitnah. Namun ianya galak dan begitu ghairah dikongsikan baik melalui facebook, Whatsapps , tweeter dan juga instagram (Saya dengar la dari kawan-kawan bab tweeter dan instagram... maklumlah kita tak ada akaun benda dua ni).

Ramai juga yang mencari jawapan dengan bertanya di facebook komuniti Cameron Highlands dan puas dijawab. Kemudian datang lagi soalan yang sama yang biasanya berkongsikan post yang sama...

Jadi saya buatkan Q&A ringkas yang mungkin boleh membantu seperti dibawah:

Q: Betul ke ada kejadian khianat bocor tayar pelancong di Brinchang baru-baru ini. 
A: Ya. Memang ada berlaku pada 2 Oktober 2016 sama Cuti Awal Muhamaram yang lalu. Lokasinya tempat letak kereta awam Pekan Brinchang. Klik

Q: Betul ke ada kejadian 50 Buah kereta yang menjadi mangsa?
A: Tidak benar. Bukan 50 buah kereta tetapi 12 buah kereta yang terlibat. Klik

Q: Betul ke pelakunya didalangi oleh Tauke Kedai Tayar berbangsa Cina yang mengupah Orang Asli untuk membocorkan tayar tersebut:
A: Ini adalah tidak berasas. Tiada penemuan sebegini dilaporkan oleh pihak Polis Cameron Highlands. Siasatan masih dilakukan untuk mencari si pelaku. Tiada tangkapan dibuat setakat ini.

Q: Apakah punca kejadian?
A: Ketua Polis Daerah Cameron dipetik melalui Utusan Malaysia mengatakan dipercayai dilakukan individu yang berang kerana kereta-kereta tersebut diletakkan di kawasan yang tidak sesuai iaitu di pintu masuk dan keluar kawasan letak kereta dan juga double parking.  

Q: Adakah ini kejadian pertama seumpamanya berlaku? 
A: Tidak. Ini adalah kejadian kedua. Kali pertama berlaku pada  7 Febuari 2016 di lokasi yang sama melibatkan 20 buah kereta. Tiada tangkapan dilakukan oleh pihak berkuasa sehingga kini dan dipercayai punca yang sama. Klik

Q: Adakah selamat untuk datang bercuti di Cameron Highlands?
A: Secara peribadi sayaa katakan SELAMAT. Terpulang kepada anda mahu percaya atau tidak. Boleh ajukan kepada Pihak PDRM untuk kepastian mengenai status keselamatan ketika ini jika anda memrlukan maklumat tambahan dan juga cadangan

Q: Kenapa orang Cameron jahat?
A: Cameron Highlands mempunyai 32 ribu penduduk. Ibarat pisang rosak sebijik, jangankan setandan nak dibuang, sesikat pun tak perlu.  Kami tak kata semua orang di daerah anda pembunuh bila dengar ada kes pembunuh di daerah anda yang masih tak dapat diselesaikan suspeknya. 

Nasihat saya: 
Jika anda menerima apa-apa perkongsian mengenai kes ini, pertamanya anda tanya dahulu sumber maklumat tersebut kesahihannya. Jika mereka mengatakan sekadar berkongsi iaitu Copy & Paste dan mengakui tidak tahu menahu kesahihan maklumat tersebut, sampaikan salam kami kepada mereka...

Katakan "Jangan Baling Batu, sembunyi Tangan". Sebelum sebar maklumat perlu siasat dahulu kesahihah.

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.