Saya dapat sekeping gambar lama Cameron Highlands dari facebook salah seorang penduduk tempatan yang dikatakan diambil sekitar tahun 1950 an berlatarkan Pintu Gerbang Selamat Datang ke Cameron Highlands
Antara respon yang ditulis adalah bangunan tersebut dahulu adalah Hotel Federal namun kini Hotel Planter dan tambahan bangunan baru di sebelahnya.
Malah ada juga yang berkongsikan Stesen Minyak Esso terletak berhadapan dengan bangunan Hotel ini namun kini telah tiada dan dijadikan kawasan letak kereta dan juga gerai makan Majlis Daerah Cameron Highlands.
Pintu gerbang tersebut dikatakan runtuh selepas dilanggar lori pada penghujung tahun 1960.
"Selamat Datang ke Cameron Highlands"
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.