Sejak semalam, Viral di laman FB dan juga whatsapp mengatakan keadaan merbahaya di laluan km 44 Jalan Simpang Pulai yang diambil dari Udara oleh sepasukan Doktor yang sedang dalam tugasan.
Dari gambar tersebut , banyak pertanyaan diterima pula untuk pengesahan. Dah macam Pejabat JKR pula rasanya kami di Cameron Highlands...
Tapi ada pula yang tak percaya.. susah kan ... dah bertanya dah dijawab masih ditanya lagi pengesahan..
Klik sini untuk Makluman pengesahan laluan tersebut : klik
CAMERON HIGHLAND: Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air (KAITA) Perak Datuk Zainol Fadzi Paharuddin memberi jaminan bahawa struktur jalan di Kilometer 44, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highland selamat bagi kegunaan pengguna jalan raya.
Katanya, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) telah menjalankan kerja-kerja menguatkan cerun di kawasan terbabit sejak 2014 malah menggunakan pembinaan sistem jalan khas di sepanjang 430 meter jalan berhampiran cerun itu.
Jelasnya, sistem "piled embankments structure" tersebut membolehkan jalan yang siap sepenuhnya pada Disember 2015 itu untuk menampung berat maksima khusus bagi kenderaan berat atau ringan di kawasan tanah tinggi tersebut.
"Jadi orang ramai tidak perlu risau kerana walaupun nampak seperti ianya mempunyai hakisan,rekahan dan rebahan atau ianya sekalipun mendekati hingga ke tepi jalan raya-struktur itu masih boleh bertahan.
"Bagaimanapun, harus diingatkan bahawa jaminan keselamatan tersebut juga bergantung kepada faktor cuaca dan keadaan semasa di sini,"katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melakukan tinjauan di sekitar cerun runtuh di Kilometer 44 yang terletak sekitar 17 kilometer dari Kg Raja, Cameron Highland pada Jumaat.
Zainol berkata, sistem tersebut berbentuk seolah-olah sebuah jambatan dan terletak di bawah jalan yang memberikan sokongan penuh kepada jalan raya kegunaan ramai meskipun ianya tidak kelihatan.
Katanya, orang ramai pastinya risau mengenai gambar cerun runtuh yang viral di laman web tersebut namun realitinya ia masih selamat digunakan sehingga hari ini.
Sementara itu, Pengarah Kejuruteraan Cerun JKR Malaysia,Che Hassandi Abullah berkata, projek naiktaraf jaln raya itu bermula sejak 2 tahun lepas dan menelan belanja sekitar RM10 juta termasuk pembinaan struktur dan penghadang besi.
"Bagi masa hadapan, kami akan menilai dan memantau apa yang boleh digunakan untuk memastikan cerun ini tidak bertambah serta mendapatkan peruntukan.
"Sebelum ini, kita telah cuba menanam tumbuhan bagi struktur tanah cerun ini namun ianya masih turun ke bawah berikutan tahap curamnya yang tinggi,"ujarnya.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.