Friday, July 15, 2016

Gambar terkini KM 44 Jalan Simpang Pulai


Dah kata dah , ramai yang tak puas hati sebab jawapan dan pengesahan sebelum ini dipersoalkan kerana tanpa bukti bergambar.

Sejam yang lalu, pihak JKR telah berkongsikan tinjauan mereka ke lokasi. Dan dikongsikan pula gambar di lokasi.

Namun di dalam maklumbalas facebok masih ramai netizen yang tidak berpuashati kerana sudut gambar di ambil tidak mengambarkan pemandangan yang sama dari arah atas.

Walaupun dimaklumkan tinjauan udara tidak dapat dilakukan kerana kekangan mobiliti, seakan-akan JKR dimarahi lagi.

Mereka mengesyorkan Drone digunakan untuk gambaran udara yang mana pihak JKR masih belum mempunyai peralatan tersebut. Mungkin dalam bajet seterusnya boleh dibuat cadangan pemerolehan yang diperlukan.

Tak semudah disangka untuk sesebuah agensi kerajaan mendapatkan sebarang peralatan yang dimaksudkan dalam satu malam.

Namun saya percaya ada jalan lain boleh digunakan seperti perkhidmatan udara PDRM, BOMBA ataupun APPM atau mana-mana agensi yang mempunyai kemudahan tinjauan udara.

Saya tidak pasti samada JUPEM mempunyai kemudahan tinjauan satelit untuk pemantauan sedemikian.

Kepada netizen yang mungkin inginkan kepastian, mohon gunakan bahasa yang mesra kerana JKR bukan kuli anda untuk ditengking, dimaki dan dimarahi malah diperkecilkan.

Hanya jauhari yang mengenal manikam tahu akan keperluan mereka untuk mendapatkan semua ini.

Apapun selalulah ke Facebook JKR Negeri Perak KLIK untuk makluman lanjut dari masa ke semasa.

Saya rasa esok akan keluar gambar dari drone netizen yang mempunyai peralatan tersebut. Hujung minggu ni mesti ramai ke sana. 

Kalau ada saya kongsikan di sini.. kita tak ada drone .. jangan kecam yaaa.. 

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.