Thursday, July 28, 2016

Karnival Moh Joget Pahang 2016

Antara yang bakal berlaku minggu ini di Cameron Highlands adalah Karnival Moh Joget Pahang 2016 yang mana gilirannya adalah di Cameron Highlands mulai 30-31 Julai 2016. 


Lokasinya adalah di Padang Tanah Rata.

Sudah dua minggu kami menerima notis iklan ini yang ada terperanjat kerana baru tahu.

Tapi tak kisahlah sebab saya tidak terlibat dengan sebarang penganjuran. Mungkin akan singgah untuk melihat apakah yang menarik di karnival ini.

Cuma bagi kaum wanita iklan Lelong Tudung satu kontena pastinya amat dinantikan...

Kejohanan Futsal Piala Dato' Sri Wan Rosdi 2016

Saya dah dua minggu terlihat iklan Kejohanan Futsal Piala Dato' SriWan Rosdi 2016 yang diterima di facebook dan juga whatsaapp kawan-kawan di Cameron Highlands.


Kali ini saya nak kongsikan di sini jika ada yang inginkan maklumat tersebut. Cara yang lebih mudah anda hubungi nama yang tertera dan sebarang makluman terkini saya rasa boleh ke facebook MD Cameron.



Saya ini sekadar berkongsikan makluman ini sahaja.

Cameron Highlands 18 Celcius Fun Run by Copthorne Hotel

Sekitar larian santai Cameron Highlands 18 Celcius Fun Run by Copthorne Hotel pada minggu lalu yang sempat saya sertai sebagai marshall.

Seramai 1600 peserta telah menyertai larian santai ini yang bermula di perkarangan hotel sehingga ke laluan yang unik iaitu kebun-kebun sayur sekitarnya melibatkan 11 km.

Adakah berbaloi? Adakah mencabar ? dan dimanakah keunikan larian ini?

Akan saya kongsikan dalam catatan berikutnya. Untuk yang pertama ini sekitar majlis perlepasan larian.


Wednesday, July 27, 2016

Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil berwajah baru

Kisah perkampungan Orang Asli Sungei Ruil pernah saya kongsikan dalam beberapa catatan terdahulu. 


Antara kisahnya adalah tragedi tanah runtuh yang menyebabkan 7 mangsa terkorban dan akhirnya dibangunkan semula untuk keselamatan dan keselesaan bagi penduduknya. 

Kini setelah hampir 3 tahun, kampung ini kembali diduduki sejak dua bulan lepas dan pastinya dengan wajah yang baru. 


Moden. Cantik. Serba lengkap malah melebihi mana-mana taman perumahan awam di Cameron Highlands. 

Kunjungan saya minggu lalu memang kagum dengan suasana dan kemudahan yang disediakan. 

Semuanya secara percuma!!! 

Cuma dari satu sudut, akan ada yanga mengatakan hilang keaslian ciri-ciri perkampungan orang asli di sini. 


Terpulang kepada anda. Jika saya pemilik rumah ini saya sudah pasti bersyukur dengan kurnian ini. Percuma. Lebih baik dan sangat selesa. 

Hanya 4 keping gambar ini saya kongsikan kerana suasana berkabus mulai bertukar hujan lebat. Insyallah di lain kali saya kongsikan lagi. 



Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Saturday, July 23, 2016

Rumah terbuka Cameron Riders 2016

Pada 22 Julai 2016, Cameron Riders telah menganjurkan Rumah Terbuka bersempena Hari Raya Aidilfitri. 

Dengan menu istimewa yang ringkas seperti Kambing Golek Raja, char kue teow Lan Ombak, Sate, Lemang Tapah dan beberapa lagi juadah disamping suasana dingin yang mengigit sehingga tulang.

Majlis ringkas ini dihadiri hampir 100 ahli Cameron Riders sepanjang 3 jam ianya dilangsungkan. 

Tambah istimewanya adalah kehadiran Yang Hormat Dato Pegawai Daerah Cameron Highlands, Dato A Rahman Hamzah yang juga selaku Penaung Cameron Riders.  



Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Friday, July 22, 2016

Promo Kawan-Kawan : Jagung Cameron Highlands yang origional

Catatan Promo kawan-kawan kedua adalah dengan Jualan Jagung dan
Keledek Madu oleh saudara Khairuddin.

Jika anda pening kepala memikirkan jagung yang anda nak beli di Kea
Farm, Pasar Malam dan mana-mana kiosk akan keasliannya, maka carilah
Khairuddin kerana beliau menjanjikan jagungnya adalah asli dan murah.

Saya tidak kenal siapa Khairuddin tetapi biasa nampak jugak sekitar Tanah Rata.

Beliau turut berkongsikan jualannya di facebook beliau.



Jadi usah runsing memikirkan kena tipu jagung asli atau tidak dari
Cameron Highlands.

Promo Kawan-kawan : Car Wash Wan As

Catatan Promo Kawan-kawan yanag pertama adalah khidmat membasuh kereta
terbaru dibuka di Cameron Highlands iaitu di Tanah Rata.

Saya kenal pemiliknya dengan nama Facebook Wan As . Klik

Lokasi terletak di Jalan Tanah Rata - Ringlet bersebelahan Cameron
Tyre and Towing.

Jadi jika anda perlukan khidmat membasuh kenderaan anda, boleh ke sana.


Urusan selebihnya sila hubungi Wan As di facebook mereka.

Promo kawan-kawan: Catatan baru...

Saya nak buat segmen baru catatan saya iaitu promo kawan-kawan khas
kepada kawan-kawan atau warga Cameron Highlands yang nak dan sedang
berniaga.

Namun harus saya maklumkan lebih awal, material promo ini adalah dari laman
facebook mereka atau dari laman facebook komuniti Cameron Highlands.

Ada yang saya kenal atau yang saya kenal muka tak kenal nama atau ada
yang langsung saya tak kenal.

Saya sekadar nak berkongsikan usaha mereka tanpa sebarang menantikan
imbuhan. Ikhlas membantu. J

adi saya nak ingatkan juga kawan-kawan
pembaca blogs saya ini supaya terus kepada mereka untuk maklumat
tambahan sebab saya tak ada maklumat tambahan tersebut.

Nak Sewa Motorsikal di Cameron Highlands?

Pagi tadi saya mendapat satu soalan, dimanakah tempat yang menawarkan khidmat sewaan motorsikal di Cameron Highlands.

Saya pernah kongsikan maklumat tersebut namun kali ini saya kemaskinikan maklumat tersebut melalui facebook mereka.

Jadi dari screen captures facebook mereka, silalah anda menghubungi mereka samada melalui poke, mesej atau sebagainya untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan yang mereka tawarkan.

Saya kongsikan maklumat facebook mereka sahaja. Saya tiada nombor telepon mereka. Harap maaf yaa..


Selamat bercuti dan bermotorsikal di sini ..
Utamakan keselamatan anda ketika menunggang... 

Thursday, July 21, 2016

Atucara Larian 18 Celsius anjuran Hotel Copthorne


Lagi 3 hari, Hotel Copthorne dah kongsikan Atucara Larian 18 Celsius mereka. 

Kiranya Hebat jugak program anjuran mereka ini.

Syabas atas penganjuran... Semoga dipermudahkan segala urusan. 


Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Wednesday, July 20, 2016

Laluan Cameron Highlands 18 Celsius anjuran Hotel Copthorne

Semalam kami kongsikan acara larian yang akan berlangsung hujung minggu ini dan hari ini kami kongsikan pula peta larian tersebut.



Kami bukan penganjur tetapi menyokong acara ini dilangsungkan.

Tahniah..

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Tuesday, July 19, 2016

Cameron Highlands Fun Run 18 Celscius Anjuran Hotel Copthorne 2016

Kalau tak silap saya, tiga bulan lepas saya ada kongsikan acara larian anjuran Copthorne yang dinamakan 18 Degree Run.

Hujung minggu ini, Ahad 24 July, edisi 2016 atau kedua larian ini kembali dan dikhabarkan sekitar 1,500 peserta akan menyertai larian ini.


Istimewa larian ini adalah laluannya yang melibatkan kebun sayur tradisional dan juga kawasan "farm land off road" yang menarik kerana melibatkan laluan yang jarang dilalui oleh pelancong.

Cameron Riders diberikan kesempatan untuk mencuba laluan 11 km ini pada minggu lalu dan akan menyertai peserta sebagai marshall dan juga pasukan bantuan sepanjang larian ini. 

Ini sebagai salah satu sumbangan komuniti kami kepada pihak penganjur iaitu Hotel Copthorne Cameron Highlands dan juga sebagai salah satu sokongan kepada penganjuran.

Insyallah, kita jumpa di sana.

Tahniah kepada pihak penganjur dari kami Cameron Riders..