Tuesday, June 21, 2016

Permit Memasuki Hutan Simpan untuk mendaki Gunung di Cameron Highlands

Berkenaan dengan Permit untuk mendaki Gunung di Cameron Highlands sebenarnya sama sahaja peraturan yang ditetapkan untuk memasuki mana-mana hutan simpan di Malaysia.

Saya sekadar memetik dari laman web rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Pahang di SINI.

Terdapat beberapa gunung di negeri Pahang yang sering menjadi tumpuan kepada aktiviti pendakian di kalangan pendaki dan gunung-gunung ini terletak dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) Negeri Pahang. 

Bagi menjalankan sebarang aktiviti dalam HSK, setiap pengunjung perlu mendapatkan permit memasuki HSK terlebih dahulu dari Jabatan Perhutanan Negeri Pahang. Berikut adalah senarai gunung/denai (trail) yang sering menjadi tumpuan pengunjung.

1. Gunung Irau, Cameron Highlands
2. Gunung Brinchang, Cameron Highlands
3. Gunung Berembun, Cameron Highlands
4. Gunung Yong Belar, Cameron Highlands
5. Gunung Siku, Cameron Highlands
6. Gunung Suku, Cameron Highlands
7. Gunung Benom, Raub
8. Pine Tree Trail, Bukit Fraser, Raub
9. Rompin Trail, Bukit Fraser, Raub
10. Abu Suradi Trail, Bukit Fraser, Raub
11. Mager Trail, Bukit Fraser, Raub
12. Gunung Rajah, Bentong
13. Gunung Nuang, Selangor (tetapi laluan masuk ke Gunung Nuang terletak di Janda Baik, Bentong dan berada dalam kawasan HSK negeri Pahang).

Permohonan permit boleh dibuat melalui borang pemohonan rasmi dan dihantar melalui pos kepada Pejabat Hutan Daerah (PHD) yang bertanggungjawab ke atas lokasi tersebut. 

Bayaran permit hendaklah disediakan dalam bentuk Wang Pos atau Bank Draf atas nama Pengarah Perhutanan Negeri Pahang dan dihantar bersama borang permohonan tersebut. 

Kenalpasti PHD berkaitan bagi tujuan permohonan permit tersebut seperti senarai di bawah: 

Dalam link yang telah saya kongsikan diatas juga mempunyai link kepada borang permohonan dan juga alamat pejabat hutan daerah yang dimaksudkan. 

Selamat membuata persediaan untuk cabaran gunung-ganang di Cameron Highlands... 


No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.