Wednesday, April 27, 2016

Tips Bercuti di Cameron Highlands 23


TIPS 94 : AIR TERJUN DI CAMERON HIGHLANDS

Untuk tips ini saya nak kongsikan lokasi Air terjun di Cameron Highlands. 

Nampak macam menarik tapi sebenarnya tidak kerana tidak sesuai untuk mandi manda kerana air yang kotor akibat aktiviti di huluan yang melibatkan pertanian dan juga penempatan penduduk .

Pertama : Parit Fall di Taman Sedia. Di sini anda boleh mengunjungi kawasan rekreasi ini dengan mudah. Sesuai untuk menggunakan kemudahan di sini sebagai tempat makan belakan anda dan rehat selepas penat berjalan. 

Kedua : Robinson Water fall yang terletak di Persiaran Dayang Endah Tanah Rata. Untuk melihat air terjun ini, anda kena berjalan hampir 800 meter melalui denai yang disediakan. 

Tidak sesuai untuk golongan kanak-kanak dan warga emas kerana jarak dan permukaan jalan yang tidak rata.

Ketiga : Yang menjadi viral adalah air terjun di dalam Ladang Teh Bharat Tea. Ianya adalah air terjun yang dinaiktaraf oleh pemilik ladang teh ini dan bersifat sebagai kawasan persendirian.

Untuk ke sini, anda perlu memasuki di Tea Centre 1 Bharat Tea sebelum berjalan ke bawah untuk ke air terjun sekitar 1.5 km dan peritnya ketika nak kembali ke kereta anda.

Kerana ianya terletak dalam kawasan persendirian, maka peraturan untuk ke sana ditetapkan oleh pihak terbabit bukannya agensi kerajaan.  Jangan nak bantah dan protes sangat ya. 

Keempat: Air Terjun Bisik.. saya malas nak komen sebab dah namanya bisik dan tak tahulah statusnya. Saya mendapati ianya dimajukan dan cuba dibuka namun gagal untuk menarik pengunjung ke sini.

Kelima: Air Terjun Lata Iskandar di Jalan Pahang atau lebih  dikenali Jalan Tapah.  Namun ini bukan di dalam daerah Cameron Highlands. Tapi dah anda nak naik Cameron Highlands, maka nikmati sahajalah keindahan air terjun Lata Iskandar. Lebih cantik dari mana-mana air terjun di Cameron Highlands. 

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.