Tuesday, April 26, 2016

Tips Bercuti di Cameron Highlands 21


Tips bercuti seterusnya setelah sekian lama menyepi catatan sebegini adalah berkisarkan dengan bercuti ala gaya atau aktiviti lasak.

TIPS 92 : MEMASUKI KAWASAN HUTAN SIMPAN.

Jika anda berniat untuk melakukan aktiviti lasak memasuki hutan simpan seperti mendaki gunung dan melakukan kajian sebagainya, perlu anda ketahui bahawa terdapat undang-undang dibawah Akta Perhutanan 1984 yang memerlukan anda mendapatkan permit memasuki dan melakukan aktiviti di hutan simpan terlebih dahulu. 

Ini bukan sekadar perlaksanaan undang-undang tetapi juga lebih kepada keselamatan dan memastikan semua aktiviti yang dilakukan mematuhi peraturan sedia ada ke arah menjaga khazanah alam sedia ada. 

Jadi jika anda berhajat untuk memasuki hutan simpan, patuhi peraturan ini kerana kita tidak tahu apakah akan terjadi dengan keselamatan diri kita dan kita juga tidak tahu bilakah penguatkuasaan dilakukan. 

Terjadi pada minggu sudah di mana pihak Jabatan Perhutanan Daerah Cameron Highlands telah melakukan pemeriksaan di pintu masuk ke Gunung Irau dan didapati hampir 50% pendaki yang ingin mendaki ke Gunung Irau tidak memohon permit berkenaan dan akhirnya mereka tidak dibenarkan melakukan aktiviti tersebut.

Saya ada kongsikan proses untuk mendapatkan permit memasuki dan melakukan aktiviti di Hutan Simpan seperti dalam catatan ini. KLIK

Rancang aktiviti anda supaya anda tidak kecewa apabila di larang mendaki setelah datang dari jauh. 

Semoga tips ini membantu anda dan rakan-rakan yang lain.

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.