Saturday, April 2, 2016

Bertimbang rasalah... brooommmm.......


Isu ini mudah. 

Sekumpulan konvoi bermotorsikal sedang bersiap seawal 7 pagi dihadapan homestay yang disewa oleh mereka di Royal Lily. 

Mereka tanpa segan silu, berfikir panjang  dan bertimbang rasa memanaskan kenderaan masing-masing sehingga menghasilkan bunyi yang kuat dan menganggu penduduk sekitar.

Isu ini dikongsikan oleh salah seorang penduduk  yang terganggu dengan aktiviti tersebut di facebooknya. Kemudian  salah  seorang penduduk yang lain turut sama berkongsikan kisah  tersebut ke laman Facebook Cameron Highlands Group (CHG).

Malangnya admin Facebook menganggap facebook di bawah kendalian mereka bukan medan untuk aduan dan perkongsian tersebut dipadamkan dari timeline mereka walaupun dikongsikan kali kedua dan ketiga.  

Benar. Mereka bukan penguatkuasa untuk tindakan tersebur dan semua orang tahu.

Tetapi kami melihat dari sudut yang berbeza. 

Di Facebook CHG tersebut, terdapat 13 ribu lebih rakan dan secara kasar penduduk Cameron Highlands yang menjadi rakan sekadar sekitar kurang seribu orang. 

Selebihnya yakni 12 ribu rakan adalah dari luar yang mencari maklumat untuk berkunjung dan bercuti di Cameron Highlands. 

Jadi dari sudut bilangan 12 ribu rakan-rakan facebook tersebut yang bakal melawat Cameron Highlands nanti telah mendapat pendedahan apa yang boleh dilakukan atau tidak boleh dilakukan.

Malangnya dua kali kisah konvoi motorsikal yang tidak bertimbang rasa itu yang menganggu keharmonian penduduk setempat di laman Facebook CHG dipadamkan kerana beranggapan aduan harus disalurkan kepada pihak berwajib. 

Malah catatan ketiga juga dipadamkan setelah mendapat maklumbalas yang bercampur baur oleh rakan-rakan facebook di antara menyokong dan tidak menyokong dengan tindakan admin tersebut. 

Saya setuju  dengan pendirian admin facebook tersebut yang inginkan hanya perkongsikan maklumat berkaitan dengan pakej perlancongan sahaja di laman facebook kendalian mereka.

Dengan rasa tanpa prejudis dan berniat masuk campur dalam facebook kendalian mereka saya sekadar mengiakan sahaja. Akur.

Namun saya tetap ingin berkongsikan di mrkumai.blogspot.com agar menjadi teladan kepada bakal pelancong dengan niat semua yang dikongsikan adalah ikhlas dan jujur tanpa niat menampilkan yang indah-indah sahaja. 

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

1 comment:

  1. mrkumai, Thorbaik untuk ingat mengingat . Things that were hard to bear are sweet to remember. Pergh

    ReplyDelete

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.