Monday, April 11, 2016

Perkhidmatan Bas Transit ke Ladang Teh Sungei Palas

Saya kongsikan catatan ini setelah ada seorang Guru bertanyakan samada ada perkhidmatan bas transit untuk masuk ke Ladang Tea Sungei Palas.


Mereka datang secara berombongan sekolah dan bas sewaan mereka tidak boleh memasuki ke kawasan ladang teh ini kerana laluan yang sempit.

Saya ketika itu menjawab memang perkihmatan bas transit ini namun tidak dapat berkongsikan lebih lanjut nombor pengusaha tersebut.


Kali ini saya kongsikan nombor pengusaha tersebut dari badan bas yang digunakan.

Dari sembang-sembang dengan pemandunya, caj perkhidmatan adalah berdasarkan sewaan sebuah bas bagi perjalanan pergi dan balik sekitar RM 120 sebuah.

Tak kisah anda 40 orang atau sekadar 5 orang sahaja sekalipun cajnya masih sama. 


Tempat menunggu adalah berhadapan dengan Bee Farm Centre di laluan masuk ke Sungei Palas Estate.

Keistimewaanya adalah bas akan dibenarkan naik terus ke Tea Centre bukannya sekadar di tempat meletak kereta di bahagian bawah.


Untuk urusan tempahan, sila hubungi nombor-nombor yang ada di badan bas ini dan jangan pula melalui saya atau meminta saya pula yang menempah untuk anda. 


Saya tak akan layan dan beranikan diri anda untuk membuat rundingan. 


Percayalah, dah kongsikan sebegini pun akan ada satu dua mamat dan akak serta adik-adik IPT yang akan mintak saya buat tempahan. Letihnya... 

1 comment:

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.