Petang semalam, group whatsapps dikalangan rakan-rakan Cameron Highlands mulai berkongsikan kisah ada pendaki yang tidak sedarkan diri di Puncak Gunung Berembun selepas selamat sampai ke puncaknya.
Sumber sahih tersebut kemudiannya tersebar dengan pantas dan difahamkan Pasukan Bomba dan Penyelamat telah digerakkan untuk membawa turun pendaki tersebut yang telah meninggal dunia.
Kerja-kerja menyelamat dilaksanakan untuk membawa turun mangsa dan akhirnya sekarang 7.45 malam, jenazah berjaya dibawa turun melalui denai nombor 5 di stesen MARDI.
Takziah kami ucapkan buat keluarga mangsa dan kepada mana-,mana pendaki diminta untuk mempertimbangkan aktiviti pendakian di waktu cuaca panas sebegini.
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.