Monday, March 21, 2016

Kepentingan Sumber Air kepada Kebun Sayur di Cameron Highlands.. 2


Untuk Catatan kedua ini saya kongsikan serba sedikit berapa jumlah air yang diperlukan untuk sesebuah kebun sayur.

Kiraan ini adalah kiraan seorang amatur dari atas dasar pemerhatian dan pengalaman singkat saya dalam berkebun.

Aktiviti pertanian di Cameron Highlands dianggarkan melibatkan 8000 ha terdiri dari kebun sayur, ladang teh, kebun bunga dan pelbagai lagi.

Untuk kebun sayur dan bunga , plot  penanaman pula terbahagi kepada dua jenis iaitu terbuka dan tertutup yakni menggunakan struktur pelindung hujan.

Sistem tanaman pula ada yang masih menggunakan tanah dan juga ada yang telah berubah sepenuhnya kepada sistem tanam tanpa tanah atau soiless culture

Konsep soiless culture iaitu menggunakan sistem hidropnik pula menggunakan kaedah hidroponik iaitu air atau sabit kelapa sebagai ganti medium penanaman baik yang aliran tertutup atau terbuka.

Saya tidak berniat untuk memperincikan kaedah penanaman diatas tetapi lebih menumpukan kepada sistem pembajaan atau pengairan bagi tanaman ini.

Saya akan berkongsikan secara purata sahaja penggunaan air di kebun sayur. Ringkas.

Saya ringkaskan seperti dibawah untuk tanaman tomato:

1 ha tomato = 12,500 polybag.
1 polybag = 1.5 liter air sehari
Seminggu polybag = 10.4 liter air
Sebulan polybag =45 Liter air
Sehektar tomato sehari : 18,750 liter air
Sehektar tomato seminggu : 130,000 liter
Sehektar tomato sebulan :  562,500 liter air

Jika dibandingkan dengan tangki domestik di atas rumah anda iaitu sekitar tangki 200 liter untuk jumlah di atas sahaja memerlukan :

Sehektar tomato sehari : 18,750liter air bersamaan 93 kali isian semula
Sehektar tomato seminggu : 130,000 liter  air bersamaan 650 kali isian semula
Sehektar tomato sebulan :  562,500 liter air bersamaan 2813 kali isian semula

Bayangkan jika di Cameron Highlands terdapat lebih 1,000 ha kebun tomato di mana jumlah penggunaan air yang diperlukan:

1000 hektar tomato sehari : 18,750,00 liter air bersamaan 93,000 kali isian semula tangki rumah anda
1000 hektar tomato seminggu : 130,000,000 liter  air bersamaan 650,000 kali isian semula tangki rumah anda
1000 hektar tomato sebulan :  562,500,000 liter air bersamaan 2,813,000 kali isian semula tangki rumah anda.

Pening ?

Itu baharu satu ha tomato sahaja.. cuba bayangkan jenis tanaman yang lain pula ...

Jadi kebimbangan kepada pekebun sayur akan cuaca panas ini di musim el nino memang berasas kerana kebun sayur memerlukan banyak sumber air untuk tujuan pangairan dan pembajaan.

Jadi air sangat penting untuk tanaman sayur-sayuran dan jika cuaca panas ini berterusan dan kuantiti air berkurangan, benarlah akan boleh menyebabkan kebun sayur "Bungkus" dalam tempoh dua minggu. 

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.