Untuk koleksi tips bercuti di Cameron Highlands yang ke 36 hingga ke 40 saya rasa nak berkongsikan mengenai aktiviti di waktu malam di Cameron Highlands.
Tips 36: Tips mengisi waktu malam dengan pergi ke Pasar Malam di Brinchang. Nampak macam aktiviti biasa tetapi saya nak mengesyorkan anda ke sini kerana peluang untuk anda membeli produk sayuran Cameron Highlands dengan lebih pilihan dan murah.
Juga untuk mereka yang nak membeli makan malam seperti yang terdapat di mana-mana pasar malam di negara kita ini.
Saya nak katakan istimewa itu tidaklah istimewa sangat tetapi sering kali dikatakan antara lokasi wajib untuk ke pasar malam ini jika ke Cameron Highlands.
Dibuka di hadapan IPD Cameron Highlands di Brinchang setiap malam hari Jumaat dan Sabtu di hujung minggu biasa manakala setiap malam di hari cuti sekolah.
Adakalanya terdapat beberapa ekspo jualan yang dijalankan serentak secara bersebelahan dengan pasar malam ini.
Antara catatan terawal saya boleh di lihat di SINI.
Tips 37: Melakukan BBQ di apartment penginapan anda. Pastikan hanya apartment yang dibenarkan sahaja boleh melakukan BBQ ini.
Dapatkan maklumat dari pemilik apartment percutian anda yang telah anda tempah samada terdapat kemudahan BBQ di apartment tersebut atau kawasan yang dikhaskan.
Jaga kebersihan ketika melakukan aktiviti dan selepas aktiviti ini.
Jaga juga keharmonian masayarakat setempat dengan tidak membuat bising ketika berBBQ.
Tips 38 : Menikmati steamboat di mana-mana restoran yang menawarkan menu tersebut. Saya selalu mencadangkan rakan-rakan yang datang bercuti untuk menikmati steamboad di malam pertama mereka di sini berbanding malam terakhir kerana ianya lebih sesuai untuk ke pasar malam membeli sebelum pulang keesokannya.
Steamboat memang menjadi kegemaran ramai kerana dinikmati secara beramai-ramai dan ketika masih panas.
Amat sesuai dengan kedinginan yang menyelubungi malam di Cameron Highlands.
Tips 39: Bagi yang lebih ekstrim anda boleh memandu ke Gunung Brinchang untuk melihat sendiri pemandangan Cameron Highlands di waktu malam.
Tidaklah terlalu berlampu lip lap di Cameron Highlands ini tetapi jika dilihat ke arah utara Cameron Highlands anda akan melihat bagaimana lampu-lampu dipasang di rumah plastik tanaman bunga yang memberikan pemandangan yang menarik.
Lebih menarik anda panjat menara pandang di puncak Gunung Brinchang pada paras 6032 kaki dari aras laut.
Aktiviti ini perlu dilakukan secara beramai-ramai kerana faktor keselamatan.
Tips 40 : Juga agak ekstrim adalah melakukan night walk di waktu malam. Caranya mudah sahaja dengan mengambil pakej sedemikian dari agen perlancongan tempatan yang ada menawarkan aktivti night walk.
Anda akan dibawa ke denai-denai hutan yang bersesuaian dan akan diberikan penerangan dan juga beberapa aktiviti mengenai serangga yang aktif di waktu malam.
Malah lebih istimewa adalah anda berpeluang meredah kedinginan malam hari di Cameron Highlands.
Catatan saya mengenai malam di Cameron Highlands secara ringkas ada saya kongsikan di SINI.
Harap-harap ada yang membantu anda merencanakan aktiviti di waktu malam anda di sini..
Selamat mencuba...
Untuk Tips seterusnya saya masih belum tahu mengenai apa .. apa kata anda cadangkan...
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.