Monday, February 15, 2016

Tips Bercuti @ Cameron Highlands 17

# Kebun sayur di sepanjang Jalan BOH 
Tips seterusnya adalah untuk menjawab email dan pertayaan seorang pembaca yang ingin tahu bagaimana hendak membawa anak-anak ke kebun sayur supaya mereka mengenali bagaimana sayur yang biasa dimakan ditanam.

Terima kasih kepada puan kerana membaca blogs saya dan bertanya.

TIPS 78 : Cara mudah ke Kebun Sayur

Jika anda ingin melihat semuanya dalam satu tempat, saya cadangkan anda ke Stesen MARDI di Tanah Rata.

Mengapa? Kerana terdapat banyak jenis tanaman yang ditanam untuk pameran di sana.

Cuma yang menjadi kerugian adalah ramai pengunjung hanya memilih bahagian tengah stesen ini iaitu dari Pintu Masuk ke Strawberry ke Laman Bunga kejur , ke Plot Trial Bunga, Pusat Jualan Tanaman dan terus ke Ladang Teh.

Yang mereka tidak pergi adalah di laman belakang iaitu plot trial tanaman seperti tomato, kubis, epal, pear dan juga Kebun Dapur yang mempunyai banyak tanaman yang dipamerkan dari masa ke semasa.

Jadi kalau anda nak melihat banyak tanaman sayuran yang anda selalu makan adalah ke Stesen MARDI di tanah Rata.

TIPS 79: Cara mudah ke Kebun Sayur Salad Hidroponik

Salad yang anda beli dan makan di rumah kebiasaanya adalah ditanam secara moden iaitu hidropnik melalui teknik lapisan filem (NFT).

Agak kurang petani menanam secara konvensional iaitu menggunakan tanah kerana sistem NFT lebih ekonomikal dan mudah diuruskan.

Jika anda ingin melihat kebun salad hidroponik ini, saya mencadangkan anda ke Big Red Strawberry Farm di Brinchang yang mana hampir 70% kawasan kebunnya dibuka sebagai Agro Toursm Kiosk yang mendapat sambutan amat hebat.

Tips di sini, jika anda ingin melihat lebih banyak jenis tanaman salad di sini, bergerak ke bahagian atas sebelah dengan tandas untuk kelaluan belakang yang dihias dengan pokok bunga yang cantik.

Antara jenis salad yang ditanam adalah romaine, butterhead, red coral, red oak, green coral, mini romaine dan pelbagai jenis lagi.

Masuk percuma.

TIPS 80: Cara mudah untuk ke kebun sayur kormesial.

Antara cara termudah adalah anda pergi ke Ladang Teh Habu melalui Jalan BOH kerana laluan sepanjang 4 km ini akan memberikan anda peluang melihat pelbagai kebun sayur yang terdapat di sepanjang laluan ini.

Mudah sahaja, anda boleh berhenti di mana-mana lokasi yang menarik untuk melihat pelbagai sayuran yang sedang ditanam antara seperti kubis cina, kubis bulat, pak choy, sawi, daun bawang dan pelbagai lagi namun mengikut musim atau jadual si petani di sana.

Tidak sukar untuk singgah kerana tanaman ditanam sehingga pinggir jalan seperti gambar di atas.

Tips tambahan di sini, singgah di kebun water crest atau selada air yang menarik kerana berteres satu demi satu. Mungkin saya kongsikan dalam catatan tips yang seterusnya.

Harap membantu Puan yang bertanya melalui email.

Mengenai pendapat Puan mengenai ketiadaan kawasan hijau yang terkawal akibat pembukaan kebun sayur di sini saya rasa isunya telah mendapat perhatian pihak berwajib cuba kami masih ternanti-nanti sejauh mana tindakan yang telah dan akan terus diambil. 

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.