# Puncak Gunung Jasar, Tanah Rata |
Tips seterusnya masih lagi berkisar melakukan riadah cabaran lasak ketika bercuti di Cameron Highlands tapi sebelum itu saya nak kongsikan kisah panas semalam ...
TIPS 71: Jangan meletak kereta menghalang laluan dan trafik dan salah tempat. Semalam dilaporkan 20 buah kereta telah dipancitkan tayar dari sebiji tayar sehingga ke semuanya di Brinchang.
Sepanjang saya tinggal di sini, inilah kali pertama peristiwa ini berlaku. Biasanya yang berlaku kereta akan digores, diletakan sampah di atas kereta dan juga dihalang keluar oleh pemilik tapak meletak kereta yang telah dicuri oleh pelancong.
Pemerhatian yang dibuat mendapati ke semua kereta ini diletakan sepanjang malam dalam keadaan yang menghalang laluan dan salah atau mengambil tempat yang dikhaskan untuk teksi.
Saya tak nak mengulas siapakah pelaku jenayah tersebut kerana tidak mendapat maklumat berkaitan dan biarlah pihak Polis yang menyiasat kes ini.
Namun sebagai langkah percegahan kepada anda, letaklah kereta anda sebaik mungkin tanpa menghalang laluan, double parking dan juga bukan di kawasan yang dikhaskan kepada pihak lain.
Antara catatan awal saya ke sini: Klik
TIPS 72: Berbalik kepada tips riadah iaitu jika anda inginkan berkelah untuk makan tengahari. Biasanya dilakukan oleh mereka yang datang dari jauh dan membawa bekal makanan dari rumah.
Saya mencadangkan anda ke Taman Pertabalan di Tanah Rata. Taman ini baharu dibuka kembali untuk kegunaan umum setelah hampir dua tahun fitutup untuk kerja naik taraf.
Terdapat kemudahan seperti tempat makan bermeja, kawasan pondok berbumbung dan juga laman yang luas untuk anda menghamparkan tikar anda dan menikmati bekal makan secara santai.
Juga terdapat kemudahan tandas disediakan serta kemudahan permainan kanak-kanak.
Cuma mohon sangat untuk anda menjaga kebersihan kerana ramai yang ingin menggunakan kemudahan ini sama seperti anda.
Antara catatan awal saya ke sini:Klik
TIPS 73: Berkelah di Taman Replika Sayur-Sayuran di Tanah Rata yang terletak bersebelahan dengan Taman Pertabalan Tanah Rata.
Tarikan ringkas adalah kawasan replika buah-buahan dan sayuran tempatan yang pasti menarik minat kanak-kanak untuk memanjatnya walaupun bukan itu tujuan ianya dibina.
Terdapat beberapa meja bersebelahan dengan replika ini dan juga laman landai berumput di bawah pokok besar yang boleh dihamparkan tikar.
Cuma tiada kemudahan tandas dan bekalan air di sini tetapi kereta anda boleh diletakan berhampiran dengan kawasan lepak anda.
Antara catatan awal saya ke sini:Klik
TIPS 74: Tempat rehat dan berkelah untuk menikmati bekal makanan yang boleh anda pilih adalah di Taman Menara Jam di laluan masuk ke Tanah Rata.
Terdapat 3 pondok rehat dan beberapa meja dengan berlatarkan Menara Jam dan juga Selamat Datang ke Cameron Highlands.
Cuma jika ke sini saya menasihatkan anda meletak kereta di kawasan Oly Apartment bersebelahannya untuk langkah keselamatan daripada anda meletak kereta di seberang jalan yang terselindung dengan selekoh .
Tiada kemudahan tandas di sini.
Antara catatan awal saya ke sini: Klik
TIPS 75: Satu lagi kawasan untuk bersantai menikmati bekal makanan anda adalah di Parit Fall di Taman Sedia. Memang kawasan ini dibina untuk tujuan bersantai namun agak tersorok ke dalam.
Tarikan yang tak beberapa nak menarik adalah Parit Fall atau air terjun kecilnya. Tidak sesuai untuk mandi manda kerna kebersihan yang sangat teruk akibat dari aktiviti huluannya.
Terdapat meja untuk makan dan juga boleh juga santai menghamparkan tikar dengan kemudahan meletak kereta yang mencukupi.
Ada tandas dibina namun saya tidak tahu tahap penggunaan dan kebersihannya atau operasinya.
Menyambungkan dengan beberapa laluan denai kembara seperti Denai 4 dan Montane Forest Park yang tidak pernah dibuka untuk kunjungan awam.
Antara catatan awal saya ke sini: Klik
Harap-harap tips di atas membantu. Tips seterusnya masih saya fikirkan. Mungkin juga anda boleh berkongsikan apakah yang anda ingin cari di sini.

No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.