Tuesday, February 9, 2016

Tips Bercuti @ Cameron Highlands 12

# Lavendar Garden 

Catatan tips ini saya kumpulkan dari Facebook CAMERON HIGHLANDS GROUP yang mana ada pelancong dan orang tempatan kongsikan.

Tips 56: Harga Makanan Mahal. Memang diakui harga makanan sesetengah kedai agak mahal namun inilah hakikat yang kami penduduk tempatan hadapi. 

Tiada lagi menu ringkas seperti nasi goreng, mee goreng, bihun atau seanggakatannya berharga RM 4-5 sepinggan. Kini semuanya sekitar RM 6 ke atas. 

Cara terbaik adalah anda meminta menu makanan yang lengkap dengan harga sebelum membuat tempahan.  

Jika harga yang dinyatakan agak mahal pada pandangan anda, sila beredar dan usahlah selepas makan dan ketika nak membayarnya baru nak bertanya harga.

Pengalaman saya ke tempat perlancongan tempatan juga sama mahalnya cuma lebih banyak pilihan yang ditawarkan di sana berbanding dengan Cameron Highlands.  

TIPS 57: Bajet Rendah untuk tempat penginapan. Ada yang bertanya kekosongan bilik dan tempat penginapan dengan harga bajet terlalu rendah. 

Memang kurang munasabah tetapi tidak salah untuk bertanya. 

Terbaiknya anda membuat sedikit homework harga semasa ketika anda nak datang ke Cameron Highlands dengan mengambil kira waktu dan musim atau hari anda datang atau senang cakap waktu puncak, jumlah dan jenis bilik dan juga lokasi. 

Juga ambil kira bila tempahan nak dibuat kerana makin lewat makin sukar dan mahal untuk diperolehi. 

Cuma kalau untung sabut, mungkin anda bertuah. Jadi tak salah bertanya .... 

TIPS 58: Sejuknyaaaaaaa..... Memang antara yang dikongsikan di dalam facebook dan update yang lain. Jadi kalau anda nak ke Cameron Highlands pastikan anda membawa baju sejuk dari rumah .

Elakan berniat nak membeli di Cameron Highlands jika anda berniat untuk berjimat.

Bayangkan jika anda mempunya keluarga yang besar sekitar 6 orang dan semuanya meminta baju sejuk di mana anda akan membelanjakan sekira RM 20 sehelai dan jumlahnya adalah RM 120 hanya untuk baju sejuk sahaja walhal sudah ada di rumah.

TIPS 59: Jika masih perlukan baju sejuk, anda boleh membuat pilihan dengan membeli baju sejuk bundle yang banyak terdapat di Cameron Highlands dengan harga permulaan RM 10 sehelai.

Lokasi gerai baju bundle biasanya di pasar malam dan juga arked Brichang.

Pelbagai jenis dan pilihan untuk anda dan selalunya kebanyakan jaket sejuk mendapat permintaan yang tinggi di sini berbanding tempat lain.

Cuma usahlah berbelanja lebih untuk jaket bundle di sini kerana anda akan kurang menggunakannya di bawah sana kelak.

TIPS 60.. Kisah mengenai meletak kereta sesuka hati. Tips ini adalah untuk anda memberi kerjasama apabila berhenti meletak kereta di kawasan tarikan utama iaitu di Kea Farm.

Tempat meletak kereta sementara telah dibuka berhampiran laluan masuk ke Raju Hill Strawberry yang boleh memuatkan sekitar 100 buah kereta secara kasar. Cuma jaraknya sekitar 50 meter sahaja dari laluan masuk KEA FARM tu.

Jadi jangan la berhenti sesuka hati di laluan utama semata-mata untuk memuaskan nafsu membeli belah anda kerana walaun dua minit anda berhenti di sisi jalan akan menyebabkan kesesakan yang teruk sehingga melarat lebih 5 km jauhnya.

Inilah punca kesesakan yang berlaku. Harap dan mohon bagi kerjasama ya.. 

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.