Saya sekadar suka-suka nak kongsikan gambar si pemetik daun teh dari Nepal ini. Saya terlupa namanya.
Kerjanya adalah memetik daun teh menggunakan pisau pemotong di sepanjang bahagian tepi pokok teh selepas pasukan penuai daun teh menggunakan mesen selesai menuai di situ.
Saya rakamkan gambar amatur saya ini di Ladang Teh Bharat di hentian teh mereka yang kedua di Jalan Habu ke Tanah Rata.
Jika anda bernasib baik, anda boleh menangkap gambar pemetik daun teh ini di kala mereka melakukan kerja tuaian.
Namun bergantung kepada pusingan penuaian dan waktu yang akan dilakukan adalah di awal pagi.
Kalau tengahari selalunya sudah ke bahagian dalam dan matahari terik pula.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.