Thursday, February 11, 2016

Kesesakan jalan raya di Cameron Highlands...

Semalam saya turun ke Ipoh untuk urusan rasmi. Perjalanan pergi begitu lancar kerana bergerak awal pagi kerana masih belum ramai pelancong keluar dari tempat penginapan.

Saya beranggapan jumlah pelancong telah mulai kurang kerana hari cuti telah tamat Selasa dan yang akan tinggal adalah baki pelancong yang menyambung cuti kerana sekolah masih bercuti.

Saya tersilap.

Semasa perjalanan pulang ke Cameron Highlands dari Simpang Pulai, saya mulai terperangkap dalam kesesakan jalan sebaik sahaja melepasi Pekan Tringkap pada pukul 6.10 petang.

Pekan Tringkap ke Kea Farm pukul 6.20 petang

Jarak pekan ini ke Brinchang sekitar 8 km sahaja dan saya hanya sampai di Tanah Rata pada pukul 10.45 malam selepas menempuh sesak yang berterusan di sepanjang laluan ini.

Saya juga mengambil keputusan untuk solat singgah di dua lokasi untuk solat maghrib, tandas dan makan malam kerana kalau nak melayan kesesakan ini, belum tentu akan dapat melakukan kesemua ini selepas tiba.

Selekoh depan S Corner
Saya menjangkakan lokasi kesesakan utama adalah Kea Farm sebelum pukul 7 malam dan pasar malam di Brinchang tetapi selepas melalui pasar malam, suasananya agak lancar kerana sudah mulai kurang orang di sana.

Pasar Malam Brinchang dah kurang halangan di tepi jalan sebab dah balik hotel
Yang menjadi punca kesesakan berterusan adalah di dalam laluan Pekan Brinchang bilamana pelancong meletak kereta sesuka hati di sepanjang bahu jalan di tengah pekan ini menyebabkan ianya sempit dan perlu berhati-hati dan memaksa trafik bergerak sangat pelahan sehinggga melepas Dewan Sekolah Cina Brinchang iaitu bersebelahan Stesen Minyak Shell.

Kereta diletakan sepanjang bahu jalan di dalam pekan Brinchang
Saya mengharapkan ada tindakan tegas mengikut undang-undang diambil kepada mereka yang meletak kenderaan ini kerana telah menyebabkan ribuan kereta terperangkap dalam kesesakan.

Majlis Daerah Cameron Highlands mungkin boleh mempertimbangkan menarik kereta yang menghalang laluan ini. Mereka perlu bertegas dengan sikap pemilik kereta yang tidak memperdulikan pihak lain. 
Pejalan kaki memasuki laluan jalan utama sebab kereta diletakan sepanjang laluan.

Begitu juga aliran pejalan kaki yang juga menyumbang kepada kesesakan ini kerana kalau dilihat dari depan Masjid Kayangan mereka tiada laluan khas untuk pejalan kaki berbanding dari depan Pejabat Pos yang telah tersedia.
Ini menyebabkan limpahan pejalan kaki menggunakan sebahagian sisi jalan untuk pulang ke hotel memaksa kenderaan bergerak perlahan untuk langkah keselamatan. 

Namun pagi tadi kemaskini di facebook rakan-rakan Cameron Highlands menceritakan 20 buah kereta yang diletakan secara menghalang laluan di dapati telah mengalami kerosakan pada tayar sehingga tidak dapat digunakan.

Saya bukan mengharapkan tindakan yang tidak mengikut undang-undang ini dilaksanakan.

Namun nak sokong pun tidak dan tak sokong pun tidak sebab ada hikmahnya jika peristiwa ini dijadikan iktibar di masa hadapan. Saya tidak menyokong tindakan ini. Namun berharap ianya mampu menjadi peringatan kepada yang lain kelak...... serba salah ni...

Kea Farm



Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.