Untuk catatan kali ini selepas lama menyepi, saya kongsikan kisah kami mendaki Gunung Jasar di Tanah Rata.
Sebenarnya kumpulan penduduk di Cameron Highlands sejak dua menjak ini amat aktif mendaki gunung kerana cuaca yang baik iaitu tidak hujan.
Malah keghairahan mendaki Gunung Brinchang anjuran Masjid Kayangan juga boleh saya kaitkan mengapa minat mendaki ini semakin bercambah.
Gunung Jasar Terletak di Tanah Rata dan jalan masuk ke trek pendakian adalah di Oly Apartment bersebelahan dengan Taman Menara Jam Tanah Rata.
Dengan ketinggian 5564 kaki atau 1696 meter dari aras laut Gunung Jasar adalah berkategorikan gunung yang mudah di daki oleh semua pendaki.
Puncak Gunung Jasar pada paras 1696 meter dari aras laut dan merupakan sempadan Negeri Pahang dan Perak |
Trek pendakiannya sekitar 1.8 km dari permulaan pendakian dan melibatkan kawasan pendakian di sekitar 800 meter.
Berbalik kepada kisah pendakian kami minggu lepas, terdapat 3 kumpulan pendakian yang bergerak secara berasingan.
Kumpulan pertama seramai 14 pendaki mulai melakukan pendakian seawal 4.45 minit pagi dengan harapan dapat melihat matahari terbit yang memang cantik dari atas puncaknya ini.
Manakala kumpulan pendaki kedua pula seramai 7 orang mendaki selepas subuh dan kumpulan pendakian ketiga bergerak sekitar pukul 6.45 pagi.
Namun harapan untuk melihat matahari terbit agak hampa kerana secara tiba-tiba kawasan puncak diselimuti kabus tebal semasa menunaikan solat subuh di puncaknya.
Tapi tak apa sebab dengan kategori pendakian mudah untuk ke Gunung Jasar ini, Insha Allah di lain kali kami akan mendaki semula.
Tak ada rezeki. Saya akan kongsikan gambar dari salah seroang rakan kami yang sangat suka mendaki gunung ini iaitu Arif dalam catatan seterusnya.
Selebihnya ini sekitar aktivti mendaki gunung ini saya kongsikan dibawah.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.