Hari Ahad yang lalu pintu apartment saya diketuk dan apabila dibuka kelihatan sepasang dewasa berbangsa Cina bertanya dan menujukkan gambar yang diakui sebagai Pakcik mereka yang disyaki hilang di Cameron Highlands.
Ya. Kisah kehilangan Pakcik mereka ini memang telah tersebar pada 16 January 2016 yang lalu melalui Facebook Polis Cameron Highlands dan turut mendapat perhatian group whatsapp pendaki Cameron Highlands kami.
Saya mengambil kesempatan untuk turut sama berkongsikan kisah kehilangan Pakcik mereka ini dalam blog mrkumai.blogspot.com ini.
Namun sedikit kekeliruan akan lokasi sebentar yang dikunjungi beliau di mana mereka sendiri tidak dapat pastikan namun mereka menyakini beliau ke Cameron Highlands kerana dikhabarkan olehnya sendiri sebelum hilang.
Jika anda ada maklumat mengenai orang yang hilang ini, salurkan kepada pihak Polis.
Hari ini ketika saya berkongsikan catatan ini, sudah masuk 25 hari kehilangannya dan saya mendoakan beliau masih dalam keadaan yang baik dan selamat ditemui.
Berat mata memandang, Berat lagi mereka yang rapat dan mempunyai hubungan dengan mangsa ini menanggungnya.
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.