Monday, January 25, 2016

XPDC Gunung Brinchang... lagi

Group mendaki di kalangan warga Cameron Highlands sejak dua menjak ini agak ligat mendaki di hari sabtu kerana cuaca yang amat baik sejak dua tiga bulan ini

Setiap minggu pasti akan ada ajakan atau pertanyaan ke mana kita nak mendaki sabtu ini di dalam group whatsapp Hiking kami. 


Selalunya akan terdapat banyak cadangan dan antaranya Gunung Brinchang walaupun sudah beberapa kali ke sana.  

Jadi kalau anda sedang mendaki dan terjumpa kumpulan pendaki dari Cameron Highlands, sapa-sapalah.. 


Mereka tatak sombong maaa..  Saya kongsikan gambar-gambar pendakian Gunung Brinchang yang biasanya mengambil masa 2 jam ini walaupun ketinggiannya sekitar 2032 meter dari aras laut. 


Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

XPDC Gunung Berembun @ Cameron Highlands

Antara gunung yang mudah di daki di sekitar Cameron Highlands adalah Gunung Berembun atau ada yang memanggil Gunung Beremban. 

Tak kisah mana satu namanya yang penting ia terletak di Tanah Rata di belakang Stesen Mardi dan sebelah Hospital Sultanah Hajah Kalsom. 


Gunung rendah sahaja iaitu sekitar 1893 meter dari aras laut namun trek pendakian agak panjang kerana melibatkan laluan mendatar sebelum mendaki tiga puncak bukit yang mencabar untuk sampai di Puncaknya. 


Khabar dari rakan-rakana pendaki Cameron Highland biarpun puncak Gunung ini tidak menjanjikan pemandangan yang cantik tetapi trek pendakiannya agak unik kerana banyak kawasan pokok renek dan juga lumut yang tebal . 

Kerana kurang dikunjungi oleh pendaki yang lain kadang kala trek laluan pendakian seakan-akan berbunyi apabila dipijak.

Terdapat 4 laluan pendakian ke Gunung Berembun ini. 


Yang sukakan perjalanan jauh boleh menggunakan Jungle Trail Number 3 dari Sam Poh Temple. 

Yang suka perjalanan ringkas boleh menggunakan laluan Trail Number 8 iaitu melalui Stesen Mardi.

Yang sukan suasana mendatar yang panjang dan tempat berkhemah boleh memilih laluan Jungle Trail number 7 dari Tapak Perkhemahan Jabatan Hutan Sungai Pauh. 

Dan yang ingin memilihi pendakian menggunakan siku dan lutut boleh memilih jungle trail number 9 dari Robinson Fall.

Tepuk dada tanya stamina ya.. 

Yang selalu dilakukan adalah seperti warga Cameron Highlands kami ini yang memilih laluan jungle trail number 7 sebelum sampai di Puncak dan Kembali menggunakan Trail number 8 dan bersambung pula Trail number 4 untuk ke Tapak Perkhemahan di Pejabat Hutan. 

Selamat mencuba... 




Warga Gunung Cameron Highlands ... sebahagian..


Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Kehilangan pakar tumbuh-tumbuhan di Cameron Highlands


Hari Ahad yang lalu pintu apartment saya diketuk dan apabila dibuka kelihatan sepasang dewasa berbangsa Cina bertanya dan menujukkan gambar yang diakui sebagai Pakcik mereka yang disyaki hilang di Cameron Highlands.

Ya. Kisah kehilangan Pakcik mereka ini memang telah tersebar pada 16 January 2016 yang lalu melalui Facebook Polis Cameron Highlands dan turut mendapat perhatian   group whatsapp pendaki Cameron Highlands kami.

Saya mengambil kesempatan untuk turut sama berkongsikan kisah kehilangan Pakcik mereka ini dalam blog mrkumai.blogspot.com ini‎.

Namun sedikit kekeliruan akan lokasi sebentar yang dikunjungi beliau di mana mereka sendiri tidak dapat pastikan namun mereka menyakini beliau ke Cameron Highlands kerana dikhabarkan olehnya sendiri sebelum hilang.

Jika anda ada maklumat mengenai orang yang hilang ini, salurkan kepada pihak Polis.

Hari ini ketika saya berkongsikan catatan ini, sudah masuk 25 hari kehilangannya dan saya mendoakan beliau masih dalam keadaan yang baik dan selamat ditemui.

Berat mata memandang, Berat lagi mereka yang rapat dan mempunyai hubungan dengan mangsa ini menanggungnya.


Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Thursday, January 21, 2016

Matahari terbit @ Gunung Jasar bersama Ariff Ahmad

Seperti yang saya janjikan dalam catatan awal XPDC Gunung Jasar, detik matahari terbit tidak dapat kami saksikan pada hari pendakian kami akibat kabus tebal di kawasan puncak secara tiba-tiba. 

Walaupun kami telah memulakan pendakian seawal 4.45 pagi dengan bekalan lampu suluh dan led untuk membelah kegelapan ke puncak Gunung Jasar ini namun semuanya bergantung kepada cuaca.

Namun untuk berkongsikan detik yang mungkin anda boleh lihat di kala matahari terbit saya ingin meminjam koleksi salah seorang rakan yang selalu mendaki gunung ini. 

Koleksi saat dan detik matahari terbit adalah hasil perkongsian sahabat gunung tempatan kami iaitu Ariff Ahmad yang sentiasa berkongsi detik menarik pendakian beliau.


Beliau memang kaki gunung di sini dan selalu membawa pendaki mendaki gunung-gunung yang bersesuaian.

Anda boleh menghubungi beliau melalui Facebook Ariff Ahmad jika memerlukan khidmat malim gunung di sekitar Cameron Highlands. 

Gambar-gambar ini adalah koleksi beliau di Gunung Jasar di kala matahari terbit.... 




Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

myPPP Funride 2016 .. 6

Catatan keenam dan terakhir myPPP Funride ini saya kongsikan sekitar majlis penutup di Tanah Rata yang dilakukan oleh TYan Sri Dr Seri Kayveas dan acara kemuncak adalah cabutan bertuah.

Koleksi lengkap gambar di sekitar acara ini di laman facebook mrkumai.blogspot.