Sunday, December 20, 2015

Cameron Riders @ XPDC Pendakian Gunung Brinchang, Masjid Kayangan

Agak pelik untuk kami kaitkan di antara dua aktiviti ini iaitu kayuhan dan satu lagi pendakian Gunung. 

Namun apa yang boleh kami kongsikan adalah sebagai menyokong aktiviti XPDC Pendakian Gunung Brinchang anjuran Masjid Kayangan Brinchang, Cameron Riders turut sama menyambut peserta pendakian di Puncak Gunung Brinchang. 


Sememangnya Gunung Brinchang adalah laluan kayuhan kegemaran ahli Cameron Riders yang sangat mencabar.

Jadi berkayuh dan mendaki Gunung ini memang memberikan cabaran walaupun berbeza bentuknya. 

4 ahli Cameron Riders diketuai oleh presiden sendiri telah berjaya sampai ke puncak Gunung dan menyambut ketibaan peserta yang mana sebahagian peserta dan urusetia pendakian Gunung Brinchang ini adalah ahli Cameron Riders juga.



Tahniah kepada kedua-dua kumpulan

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.