Catatan XPDC Pendakian Gunung Brinchang anjuran Masjid Kayangan Brinchang ini saya teruskan untuk suasana pendakian ke puncak.
Namun kisah dan aturan cerita ini saya perolehi dan gabungkan dari rakan-rakan urusetia yang berkongsikan dengan saya memandangkan tidak dapat bersama melakukan pendakian ini di atas tuntutan tanggungjawab sebagai bapa kepada anak yang mempunyai acara Majlis Iftifal Tadika Islam Cameron Highlands yang berlangsung serentak.
Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan saya, Shafiq Hj Saari yang membantu mengambil gambar untuk saya. Terima kasih ...
Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan saya, Shafiq Hj Saari yang membantu mengambil gambar untuk saya. Terima kasih ...
XPDC Pendakian Gunung Brinchang mendapat sambutan hangat dengan 135 peserta mendaftarkan diri namun pada pagi pendakian hanya 110 pendaki melaporkan diri. Bakinya mungkin kerana ada hal kecemasan yang tidak dapat dielakkan.
Menambah bilangan peserta adalah peserta yang menyertai xpdc secara spontan atau 'walk in' pada pagi xpdc.
Dengan diketuai oleh Ketua Pendakian En. Nasir, kelihatan semua peserta sangat bersemangat, teruja dan tidak sabar lagi untuk mendaki ke puncak.
Ketika ini kelihatan ramai yang pada mulanya sangat teruja mendaki kelihatan hampir tewas dan tercungap-cungap.
Marshal pendakian berulang-kali menasihatkan peserta untuk memperlahankan langkah mereka kerana kecerunan yang perlu dihadapi memang meberi cabaran awal.
Mujurnya barisan yang panjang dan seperti beratur pada pendakian yang pertama ini membantu memperlahankan rentak.
Pihak urusetia yang terdiri daripada para marshall dan pasukan sokongan yang lain sentiasa membantu dan ada juga rupanya dikalangan marshall sendiri yang tercungap-cungap melakukan pendakian.
Selain marshal pasukan sokongan adalah terdiri daripada pasukan perubatan yang dibahagikan kepada 3 kumpulan serta Pasukan Bomba dan Penyelamat yang bersedia di lokasi tertentu termasuklah pasukan perubatan mereka.
Tidak ketinggalan pasukan sukarelawan Radio Amatur Cameron Highlands yang membantu menyediakan peralatan komunikasi setiap pasukan.
"Tak sempat nak bernafas bang"..... "tak boleh nak hadam sangat muhasabah tu".. kata mereka. Maka saya kongsikan koleksi 36 poster muhasabah yang telah disediakan dalam catatan yang berikutnya.
Pendakian semakin menarik selepas 1 km pertama kerana aras ketinggian semakin menghampiri 1800 meter dari paras laut.
Ketika ini cabaran pendakian semakin mencabar dan unik kerana melalui akar-akar yang timbul berikutan hakisan dan juga kekerapan pendakian sebelum ini.
Juga kelihatan pokok yang semakin renek dan diselimuti oleh lumut hijau yang menjadikannya agak menarik. Hebat sungguh ciptaan Allah swt.
Lebih memeranjatkan kami adalah pasukan pendakian yang kami aturkan untuk Yang Hormat Dato adalah dalam pasukan ke 12 iaitu pasukan pendakian terakhir yang dilepaskan dari kaki Gunung Brinchang !!!
Hebat sungguh !!! Syabas!!!
Tahniah kepada semua peserta dan terima kasih kepada semua marshal dan juga pasukan sokongan yang telah terlibat.
Dimaklumkan hanya 11 peserta XPDC yang terpaksa atau diarahkan berpatah balik ke kaki gunung selepas menghadapi kesukaran pendakian . Tak apalah, kita cuba lagi dengan lebih persediaan di edisi pendakian akan datang .. Insha Allah ...
Saya akan cuba kongsikan catatan ringkas di puncak Gunung Brinchang dalam catatan akan datang.
Namun sebelum itu saya kongsikan koleksi 36 poster muhasabah yang telah kami sediakan di laluan pendakian dalam 4 catatan berikut adalah khas kepada koleksi poster muhasabah tersebut.
Untuk koleksi penuh gambar pendakian anda boleh lihat di laman facebook mrkumaiblogspot .
**** errr.. abaikan sususnan gambar diatas yang tidak ikut naratif cerita catatan ini ya...
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.