Maklumat ini memang amat baharu buat saya.
Saya langsung tak mendengar dan menemui maklumat bahawa asalnya kawasan pergunungan Gunung Tahan di Jerantut telah dipertimbangkan untuk dijadikan Stesen Tanah Tinggi British sebelum Cameron Highlands.
Namun ketidaksesuaian jenis tanah dan faktor cuaca yang sangat berkabus tebal sepanjang masa tidak sesuai untuk dijadikan kawasan Stesen Tanah Tinggi dan mereka kembali teringatkan laporan penemuan tanah tinggi oleh William Cameron pada tahun 1885.
Kalaulah Gunung Tahan dipilih, maka tentunya suasana yang berlainan mungkin dialami kita sekarang kerana ketinggiannya adalah 1645.9 meter berbanding 1,400 meter di Cameron Highlands.
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.