Sekitar kayuhan santai di Royal Lily dan Pekan Tanah Rata. Rata-rata para riders masih tersenyum riang kerana melibatkan pendakian yang mudah di awal laluan yang disediakan.
Kelibat riders kecil turut mencuit perhatian namun Cameron Riders bimbang akan keselamatan mereka kerana tidak memakai helmet.
Namun diatas dasar memahami kebatasan mereka dan cuba menimbulkan minat berkayuh di kalangan remaja, Cameron Riders mendapatkan bantuan dari para riders senior untuk sentiasa mendampingi mereka sepanjang kayuhan.
Alhamdulilah, " You will never ride alone" berjaya dilaksanakan sepanjang kayuhan dengan kelajuan sekitar 20 km sejam sahaja.
Semoga adik-adik junior riders ini akan terus menyambung minat mereka dalam kayuhan berbasikal ini di masa akan datang.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.