Saya mendapat beberapa pertanyaan mengenai chalet dan homestay di Cameron Highlands khasnya di Kg Taman Sedia. Saya kena akui, saya tidak pernah mengunjungi semua chalet di sana dan tidak semua pemiliknya saya kenal.
Jadi saya tidak memuatkan catatan mengenai chalet yang lain walaupun banyak chalet yang lain ada di sana walaupun saya sering ditanya mengenai chalet-chalet ini.
Memandangkan saya lihat pengusaha chalet makin aktif melakukan pemasaran mereka melalui Facebook, maka saya rasa tidak salah berkongsikan maklumat dari mereka ini sebagai rujukan kepada anda yang mencari chalet dan homestay di sana.
Jangan pula ada nanti yang mengatakan ingatkan saya sudah mencuba menginap di sana ? Agak kurang waras untuk menginap di sana dengan jarak rumah sekadar 2 km sahaja.
Jadi bersumberkan dari laman blog dan FB mereka sendiri, saya cuba kongsikan mengenai perusahaan mereka di sini sebagai rujukan anda untuk menghubungi mereka terus untuk urusan yang berkaitan.
Jangan ditanya kepada saya dan jangan diminta juga untuk saya membuat tempahan untuk anda.
Buat yang pertama. Saya kongsikan maklumat chalet Aszi Chalet yang saya perolegi dari Lamn FB mereka.
Buat anda, cari fb Aszi Chalet Cameron Highlands untuk maklumat lanjut.
Sumber : FB ASZI CHALET CAMERON HIGHLANDS
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.