Friday, September 4, 2015

Mana lebih berbaloi?

Datang bercuti ke Cameron Highlands mana yang akan lebih berbaloi di antara waktu cuti umum atau bukan cuti umum?


Saya akan ulas lebih panjang esok atau lusa namun harus diingat ini adalah pendapat peribadi saya.

Kelebihan jika anda datang bercuti diwaktu bukan musim puncak iaitu dihari biasa dan hujung minggu yang biasa sekitar minggu ketiga sebelum gaji:

Kurang pelancong memudahkan anda memilih tempat penginapan dengan banyak pilihan tanpa perlu berebut untuk menempahnya.

Harga kadar penginapan di hotel dan juga apartment murah sekitar harga biasa malah mungkin akan dapat pakej yang lebih menarik yang ditawarkan oleh pihak hotel.

Lengang di Kea Farm 
Kurang menghadapi kesesakan kerana jumlah kenderaan kurang dan perjalanan anda lebih lancar. Bayangkan anda memerlukan masa sekitar 2 jam lebih untuk memasuki ladang teh di Sungei Palas Tea Centre berbanding cuti biasa hanya 15 minit.

Atau anda memerlukan 4-6 jam lebih dari Kg Raja hanya untuk sampai di Brinchang di musim cuti sahaja seperti yang dialami oleh kawan saya pada cuti Hari Pekerja yang lalu.

Malah pada cuti umum Merdeka yang lalu untuk sampai ke Brinchang dari Tanah Rata yang sejauh 4 km sahaja memerlukan hampir 2 jam untuk sampai. Ini belum memasuki kawasan tumpuan pelancong.

Harga barangan lebih murah contohnya strawberry dijual pada harga RM 20 untuk 4 paket besar di hari biasa berbanding RM 13 sepeket besar pada hari cuti umum. Malah di hari biasa peniaga biasanya akan menambah hadiah belian anda dengan tambahan percuma.


Anda boleh menikmati waktu makan di kedai dengan lebih selesa tanpa ramai pelanggan atau perlu menunggu giliran. Malah harga makanan dikatakan sedikit murah atau bahagian makanan anda lebih banyak kerana peniaga tidak kisah dengan jumlah pelanggan yang ramai.

Anda boleh ke kawasan tumpuan pelancong seperti pusat jualan dan pusat melawat tanpa perlu bersesak dan mendapat petak meletak kereta dengan lebih mudah. Malah ketika melawat kawasan ini anda boleh lebih santai terutama yang membawa anak kecil tanpa takut kehilangan mereka.

bersama anak kecil ... tiada masalah 

Nak bergambar pun mudah tanpa perlu menunggu giliran dan saya selalu mendapat maklum balas atau perasan ada komen dikalangan pembaca mengatakan kenapa saya tak perasan sudut yang cantik ini di situ?

Kenapa saya terlepas pandang ikon menarik ini ? Atau betulkah sudut ni ada di situ  sebab semasa saya pergi saya tak nampak pun? Nak kena datang semula ni...

Bagi mereka yang hendak datang bercuti di waktu bukan puncak mereka akan lebih banyak masa untuk bersantai tanpa perlu terkejar-kejar dan merasa tertekan dengan kesesakan jalan raya.

Harus diingat anda datang untuk bersantai dan bercuti bukannya untuk merasai tekanan demi tekanan.

Jadi pertimbangkan untuk memilih hari bukan puncak sebagai waktu untuk anda datang bercuti di Cameron Highlands.


Dalam Catatan seterusnya saya rasa saya akan bahagikan ulasan keburukan atau kekurangan datang bercuti di waktu bukan puncak . Rasanya agak ringkas catatan itu nanti berbanding kebaikannya.

Anda pula bagaimana rasanya? Ada pengalaman yang nak dikongsikan?

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

1 comment:

  1. Kemana saya pergi bercuti, saya lebih suka memilih waktu yang bukan musim cuti sekolah atau cuti umum. Lagipun anak2 dah dewasa. Sebab utama ialah kerana saya amat mementingkan keselesaan dalam perjalanan dan penginapan juga sewaktu mahu membeli belah. Lebih tenang dan relax. Tidak serabut dan berebut.Saya juga suka memerhati jadi pandangan saya ketika disatu2 tempat lebih fokus dan terlihat keindahannya..

    ReplyDelete

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.