Tuesday, September 15, 2015

Kayuhan #sehatisejiwa ... penamat

Cabaran sebenar kayuhan #sehatisejiwa adalah penamatnya yang memerlukan semua peserta mendaki ke Puncak Arabella di mana berlangsungnya sesi penyerahan penamat sebagai kemuncak penutupan siri Kayuhan #sehatisejiwa yang telah dilangsungkan di 11 buah daerah di dalam Negeri Pahang.

Namun cabaran pendakian ini ternyata disambut dengan begitu mudah oleh semua peserta dan hanya memerlukan kurang dari 10 minit untuk sampai ke Dewan Orang Ramai Arabella.

Kemuncak acara adalah penyerahan Bendera Malaysia oleh Mr. Presiden Cameron Rider, En. Fazdli dan tentunya acara cabutan bertuah dinantikan oleh semua peserta kayuhan.


Yang tak dapat cabutan bertuah masih tidak kecewa kerana matlamatnya adalah berkayuh bersama-sama...

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.