Wednesday, August 19, 2015

Strawberry ooo strawberry... isu peniaga yang kurang ajar

Sejak isu peniaga strawberry di Pasar Malam Brinchang yang memaki hamun dengan ayat kurang ajar kepada ibu mertua salah seorang pengunjung hanya kerana mencuba sebiji strawberry sebelum membeli dikongsikan oleh si pengadu dan kini pada pemerhatian saya isu ini telah menjadi  viral dalam media sosial.


Peniaga itu mungkin tidak menyangka pelanggan Melayunya itu tahu bahasa kantonis.

Namun sikap kurang ajar tetap diteruskan dengan makian dengan mengaitkan kawasan Cameron Highlands adalah kawasan penguasaan Cina.

Agak rasis jika di dengar dan saya juga mungkin dituduh rasis juga kerana membuat catatan ini.


Tinjauan saya di media sosial mendapati isu ini menjadi viral di beberapa laman fb dan antaranya seperti yang saya kongsikan ini. 


Jumlah like melebihi 2000 like setakat malam semalam‎ dan mungkin bertambah. Bilangan yang membuat komen balas juga ramai dan semuanya mengutuk sikap kurang ajar tersebut.

Saya juga mengutuk tindakan kurang ajar peniaga strawberry berbangsa Cina tersebut! 

Apapun, tiada maklumat yang saya terima siapakah peniaga tersebut dan saya sendiri tidak berminat untuk mengenalinya. 


Kepada anda terpulang jika ke pasar malam tersebut dan samada masih ingin membeli strawberry di gerainya...

Saya katakan saya tidak! 

Anda? 


Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

2 comments:

  1. Kesian dekat diaorang ni kerana kena dengan peniaga yang demikian. Saya sudah 2 kali kesana tapi sepanjang membeli belah strawberry dan sayuran, semuanya baik dan ramah, berlumba-lumba menjual hasil mereka dengan tawaran yang menarik. Pernah sorang uncle cina tu jual jagung dekat kami dengan harga yang murah, masa tu bukan time cuti sekolah..nasib juga kan..

    ReplyDelete
  2. Apa Islam takde ajar mintak izin dulu ke sebelum makan. Kalau main bedal je jgn kata cina tu marah. Aku pun marah .

    ReplyDelete

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.