Hari minggu yang lalu saya dan keluarga mencari tempat nak bersarapan.
Caranya kami beli sarapan di Pasar Pagi Tanah Rata dan nak mencari kawasan rehat yang boleh disinggahi.
Selalunya ke Taman Pertabalan tetapi dah lama sangat ditutup untuk kerja naik taraf sehingga dah terlewat dari tarikh patut siap.
Jadi kami ke Hutan Lipur Parit Fall bersebelahan Kg Taman Sedia.
Mudah dikunjungi serta terdapat kemudahan meja makan yang banyak dan boleh melakukan aktiviti tambahan seperti membaca surat khabar manakala anak-anak boleh bermain mainan ringkas.
Cuma kemudahan tandas saya tak cuba dan tak pasti samada ianya dibuka atau tidak. Begitu juga dengan dua unit gerai yang juga ditutup dan tidak pernah dibuka sepanjang saya duduk di Cameron Highlands.
Satu lagi yang tidak dibuka sejak ianya dibina adalah Taman CHiMP ini yang nampak gah dari luar tapi pintunya sentiasa di tutup.
Anda perlu bertanya kepada Jabatan Hutan untuk maklumat lanjut mengenainya.
Di sini terdapat Air Terjun Parit yang menjadi tarikan utama tetapi tidaklah terlalu dapat menarik hati kami sebab airnya yang kotor dan puncanya juga amat meragukan kerana datang dari huluan di Brinchang dan kebun sayur dan penempatan.
Belum pernah saya melihat orang bermandi manda kecuali gambar lama tahun 1950 an dahulu yang menjadi lokasi berkelah golongan mat saleh.
Tak apalah. Yang penting yang ingin mencari kawasan rehat dan berkelah untuk makan tengahari yang selesa saya syorkan anda ke sini.
Masuk melalui Kg Taman Sedia dan masuk ke laluan Parit Fall ini sebaik sahaja melihat pintu gerbangnya dengan hanya 50 meter sahaja jaraknya untuk sampai ke kawasan meletak kereta.
Selamat singgah.. lebih selesa anda berkelah di sini berbanding di tepi jalan...
Pagi tadi jalan pagi dengan anak-anak ke Parit Falls.
Dah lama tak ke sana.
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.