Monday, August 24, 2015

Piala Naib Presiden TNB - Janakuasa .. hari pertama

Untuk catatan ini saya kongsikan atas label aktiviti bersukan di Cameron Highlands dua minggu yang lalu.


Untuk julung kalinya daerah ini dipilih sebagai lokasi pertandingan peringkat kebangsaan bagi semua syarikat besar iaitu Tenaga Nasional Berhad walaupun sekadar bahagaian Janakuasa mereka.

Dengan penglibatan 12 pasukan merangkumi semua unit stesen janakuasa mereka, Padang Majlis Daerah Cameron Highlands berjaya dihias dengan persiapan yang amat baik dari segi kemeriahan suasana ala pertandingan yang besar.

Banner dan juga bendera TNB dipasang seluruh bahagian yang memuatkan dua buah padang bolasepak.

Saya rasa sejak 8 tahun saya di sini, inilah kali pertama kali kejohanan yang sebegini meriah dianjurkan oleh pihak luar.

Tahniah.

Untuk catatan ini dan mungkin catatan kedua nanti saya sekadar nak berkongsikan aksi dan suasana pertandingan yang sempat saya jengah.












No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.