Monday, August 24, 2015

Aktiviti pertanian akan dikawal di Cameron Highlands... Selamat mencuba.... Dan berjanji

Bukan saya kata, tapi Menteri yang sendiri bagi janji dan iltizam. 

Diminta kerajaan negeri menempatkan petani di kawasan yang khas. 

Rasanya maaf nak kata. Masih kurang pemahaman mengenai scenario aktiviti pertanian di Cameron Highlands ini oleh pak menteri‎ namun tak apa sebab masih baharu dilantik.


Pertanian Cameron Highlands sebenarnya sudah ada kawasan yang ditetapkan jika melihat Pelan pembangunan Cameron Highlands oleh MDCH. 

Telah ditetapkan kawasan mana yang ditumpukan untuk aktiviti pertanian. 

Cuma pelaksanaan dan Kawalan ke atas pematuhan pembukaan ladang yang tidak diperkuatkan.

Juga kepada gejala jenayah menceroboh tanah hutan simpan, kerajaan, simpanan sungai dan kawasan yang lain tidak di kawalan dan tindakan undang-undang tidak mampu menghentikan kegiatan ini kerana hanya denda maksima sebanyak RM 10 ribu bagi kesalahan tanpa disabitkan dengan hukuman penjara walaupun ada diperuntukan. 


Dengan jumlah sebegitu, ibarat kacang sahaja jumlah nya berbanding dengan keuntungan mereka perolehi. 

Apapun masih boleh dianggap satu langkah yang boleh diusahakan oleh pihak berwajib dari tiada langsung tindakan. 

Selamat berjaya mencuba YB Menteri...

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.